Musa Aman lafaz sumpah TYT Sabah Posted on 01/01/2025 Pada 17 Dis, Musa Aman menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025. (Gambar Facebook) KOTA KINABALU: Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini. Musa yang diiringi isteri Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira 10.22 pagi. Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, sebelum Ketua Menteri Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia. Mufti Kerajaan Negeri Sabah Bungsu Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Musa, sebelum Yang Dipertua Negeri Sabah itu meninggalkan istiadat pada 10.43 pagi. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dan Shahelmey Yahya, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong. Pada 17 Dis, Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028. Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Dis, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011. News
Wee dares DAP to amend constitution over power to grant pardons Posted on 16/12/2024 MCA president Wee Ka Siong and Kepong MP Lim Lip Eng have clashed over a purported order for Najib Razak to serve his jail sentence under house arrest. PETALING JAYA: MCA president Wee Ka Siong has challenged DAP to move for a constitutional amendment should the party disagree with the… Read More
Khoo Poay Tiong named Melaka DAP chairman for 2024-2027 term Posted on 25/11/2024 MELAKA — Kota Melaka MP Khoo Poay Tiong has been appointed Melaka DAP chairman for the 2024-2027 term. Kesidang assemblyman Allex Seah Shoo Chin, who was appointed state DAP secretary for the same term, said that the 15 state committee members who won unopposed met this afternoon to decide the… Read More
After SAPP’s exit, Sabah Perikatan’s Kiandee says party will struggle to win any seats in state election Posted on 14/12/2024 KOTA KINABALU, Dec 14 — Sabah Perikatan Nasional (PN) chairman Datuk Seri Ronald Kiandee has reportedly mocked Sabah Progressive Party’s (SAPP) decision to exit the opposition coalition, saying it may struggle to survive following the move. The Parti Pribumi Bersatu Malaysia vice-president also questioned whether SAPP will perform in the… Read More