Nahas bas mini, 26 maut di Cote d’Ivoire Posted on 07/12/2024 Seramai 26 maut, manakala 28 lagi cedera dalam nahas maut di laluan Issia-Daloa, Barat Cote d’Ivoire. (Gambar Facebook) BIDJAN: Sekurang-kurangnya 26 maut, manakala 28 lagi cedera dalam nahas di laluan Issia-Daloa, Barat Cote d’Ivoire pada petang Jumaat, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan negara itu. Kenyataan itu memaklumkan tragedi berlaku berhampiran kampung Brokoua apabila satu tayar bas mini meletup dan menyebabkan kemalangan antara dua kenderaan, lapor Xinhua. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Besar Issia, kira-kira 357km dari Abidjan, hab ekonomi Cote d’Ivoire. Pasukan kementerian telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca kemalangan,” menurut kenyataan itu. Secara purata, antara 1,000 hingga 1,500 maut setiap tahun dalam nahas di Cote d’Ivoire, yang mempunyai sekitar 1.5 juta kenderaan di jalan raya, menurut data Kementerian Pengangkutan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Cote d’Ivoire memperkenalkan beberapa langkah mengurangkan jumlah kemalangan maut, termasuk pelaksanaan sistem mata pada lesen memandu, larangan import kenderaan berusia lebih lima tahun, penyelenggaraan jalan raya, dan pemasangan kamera. News
Kartel tipu tuntutan Perkeso: 5 pegawai KKM dipindah hospital Posted on 20/11/2024 Sebelum ini SPRM menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel dikatakan memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di negeri itu. PETALING JAYA: Lima pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dipindahkan ke hospital lain sementara menunggu… Read More
Umno ditches plans to attend pro-Najib rally Posted on 04/01/2025 Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said the party was upholding the king’s wishes, and a directive by the Inspector-General of Police. PETALING JAYA: Umno has pulled out of a rally planned on Jan 6 to show support for imprisoned former prime minister Najib Razak. Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said… Read More
Thai floods wash out Malaysian demand for holidays in Songkhla Posted on 29/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 29 — Malaysians were cancelling planned trips to Songkhla and other parts of southern Thailand that were flooding, hitting businesses in the region hard. According to The Bangkok Post, hotel and tour reservations have seen sharp drops for this weekend and the next. Songchai Mungprasithichai, president of… Read More