Naimah kecam SPRM, Anwar kerana siasatan terhadap Daim diteruskan Posted on 30/11/2024 Naimah Khalid gesa kerajaan dan SPRM menghentikan ‘cerita tidak berasas’ mengenai ‘kecurian berbilion’. PETALING JAYA: Balu bekas menteri kewangan Daim Zainuddin mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana pihak berkuasa masih meneruskan siasatan ke atas kewangan suaminya. Naimah Khalid menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan SPRM bahawa siasatan terhadap kewangan dan aset Daim masih berjalan, termasuk menyiasat ‘jejak wang’ di luar negara, mengikut Seksyen 23 Akta SPRM. “Jejak wang apa? Untuk menyiasat ‘jejak wang’, perlu ada kesalahan rasuah dilakukan terlebih dahulu. “Jika tiada kesalahan, maka sesuatu aset adalah dikira sah dan hasil usaha keras sama ada di Malaysia atau di tempat lain,” katanya dalam kenyataan. Naimah turut menggesa kerajaan dan SPRM menghentikan ‘cerita tidak berasas’ mengenai ‘kecurian berbilion’. Beliau juga berkata mahkamah baru-baru ini telah membebaskan Daim daripada tuduhan. “Apakah kerajaan tidak menghormati keputusan mahkamah?” Pada 20 Nov lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Daim daripada tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta, susulan kematian beliau. Dalam kes ini, bekas menteri kewangan itu didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM dan beliau mengaku tidak bersalah. Pada 22 Nov lalu, SPRM berkata siasatan berkait pengubahan wang haram, yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram masih diteruskan. Pada Feb 2023, SPRM membuka beberapa kertas siasatan berdasarkan maklumat dalam Kertas Pandora. Siasatan ke atas maklumat dalam pendedahan itu, membawa kepada siasatan terhadap Daim ketika beliau menjadi menteri kewangan. News
AI, digitalisation, green economy offer new career options for Malaysians Posted on 29/11/2024 The Impact Study of Artificial Intelligence, Digital and Green Economy on the Malaysian Workforce launched earlier this month focused on 10 key sectors that contributed 60% to Malaysia’s GDP in 2023. PETALING JAYA: As Malaysia makes the transition to artificial intelligence (AI), digitalisation and a green economy to remain competitive… Read More
Sabah Mineral dakwa bekas CEO langgar kewajipan, fraud Posted on 18/11/2024 Sabah Mineral Management berkata Jontih Enggihon didakwa melakukan salah laku hasil dapatan siasatan dalaman. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd mendakwa bekas ketua pegawai eksekutif, Jontih Enggihon, melanggar kewajipan fidusiari, fraud, dan salah laku, dengan laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)…. Read More
Amir Hamzah: Contrary to rumours, no cut to Sabah’s electricity subsidy, federal support remains strong Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — A recent allegation that the federal government has withdrawn the allocation of electricity subsidy to Sabah is untrue, said Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. According to Astro Awani, he said that the federal government remains committed to providing an electricity subsidy of… Read More