New York laksana tol sesak, setahun kutip USD1 bilion Posted on 05/01/2025 New York City menjadi bandar raya pertama di AS melaksanakan pelan harga kesesakan. (Gambar EPA Images) NEW YORK: Pelan harga kesesakan kenderaan meliputi kawasan Lower dan Midtown Manhattan mula berkuat kuasa, menjadikan New York City, bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) melaksanakan pelan sedemikian, lapor Xinhua. Kenderaan akan dikenakan tol memasuki zon pelepasan kesesakan dengan jumlah bayaran bergantung kepada jenis kenderaan, masa, sama ada terdapat kredit lintasan, serta kaedah pembayaran, dengan diskaun dan pengecualian diberikan kepada pemandu atau kenderaan tertentu, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA). Kenderaan penumpang dan komersial kecil, lori, bas, dan motosikal yang memasuki zon pelepasan kesesakan akan dikenakan bayaran sekali sehari, manakala penumpang teksi dan kenderaan sewa akan dikenakan bayaran bagi setiap perjalanan ke, dari, dalam, atau melalui zon terbabit. Tol itu dijangka diselaraskan pada 2028 dan 2031 apabila pengawal selia secara berperingkat menghapuskan 40% diskaun yang ditawarkan pada peringkat awal. Pelan harga kesesakan ini dianggarkan dapat mengurangkan jumlah kenderaan memasuki zon pelepasan kesesakan sebanyak 10% dan jarak perjalanan kenderaan di zon itu sebanyak lima peratus. MTA dijangka memperoleh hasil tambahan sebanyak USD1 bilion setahun bagi membiayai pelan perbelanjaan modal sehingga USD15 bilion. Pelan berkenaan mencetuskan kontroversi dengan pelbagai tuntutan mahkamah difailkan di New York dan New Jersey, tetapi pihak lawan gagal menghalang pelaksanaannya. News
Azalina’s aide lodges report against Khairy over Najib’s house arrest addendum ‘conspiracy’ claims Posted on 11/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 11 — The political secretary to Datuk Seri Azalina Othman Said has lodged a police report against Khairy Jamaluddin over allegations that the minister was involved in a conspiracy to conceal a document related to royal clemency. Datuk Suraya Yaacob filed the report at the Sentul Police… Read More
Kerajaan kekal beri bantuan terus kepada mangsa banjir Posted on 04/12/2024 Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, kerajaan berpegang kepada konsep ‘buta warna’ dalam pemberian bantuan kepada mangsa banjir. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa… Read More
PM Anwar, Yoon review 64 years of Malaysia-South Korea relations, plan future cooperation Posted on 25/11/2024 SEOUL, Nov 25 — Malaysian Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today met with South Korean President Yoon Suek Yeol at the Yongsan Presidential Office, here. The two leaders, accompanied by several ministers, held a bilateral meeting starting at 11.10am (10.10am Malaysian time) for about an hour where they touched… Read More