Norza dilantik presiden kehormat seumur hidup BAM Posted on 23/11/2024 By udot Pelantikan Norza Zakaria sebagai presiden kehormat seumur hidup dibuat atas persetujuan sebulat suara oleh pihak pengurusan dan majlis BAM, kata pemangku presiden BAM V Subramaniam. PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik Norza Zakaria sebagai presiden kehormat seumur hidup. Pengumuman itu dibuat oleh pemangku presiden BAM V Subramaniam pada sidang media selepas mesyuarat majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini. “(Pelantikan ini dibuat) mengikut perlembagaan (BAM) dan dipersetujui sebulat suara oleh pihak pengurusan dan majlis,” katanya. Terdahulu, Norza berkhidmat sebagai presiden BAM dari 2017 hingga 24 Ogos lepas. Disember lepas, Norza mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan, dengan menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz sebagai pengganti pilihannya. Bagaimanapun, susulan permintaan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh agar mempertimbangkan keputusan itu, Norza bersetuju kekal sebagai presiden BAM sehingga selepas Sukan Olimpik Paris. News
Rancangan perniagaan, rekod kadar aduan antara faktor U Mobile dipilih Posted on 06/11/2024 Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, SKMM kata menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan. PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia dibuat berdasarkan beberapa faktor dan melalui proses saringan… Read More
Musk outlines plans for mass cuts as Trump ‘efficiency’ czar Posted on 21/11/2024 Elon Musk invited Donald Trump to witness a SpaceX test flight on Tuesday, signalling their increasingly close ties. (AP pic) WASHINGTON: Elon Musk outlined plans Wednesday for his new role as “efficiency” czar – signalling an assault on federal spending and staffing that would be backed by president-elect Donald Trump’s executive… Read More
Tackling cybercrimes head-on: IGP unveils new cyber unit, restructures CCID to combat rising threats Posted on 15/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 15 — A new Technical and Tactical Cyber Unit has been established to boost the Commercial Crime Investigation Department’s (CCID) ability to effectively tackle cybercrimes. Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Razarudin Husain announced that 17 positions have been filled to launch the unit’s first-phase operations. “This… Read More