Norza dilantik presiden kehormat seumur hidup BAM Posted on 23/11/2024 Pelantikan Norza Zakaria sebagai presiden kehormat seumur hidup dibuat atas persetujuan sebulat suara oleh pihak pengurusan dan majlis BAM, kata pemangku presiden BAM V Subramaniam. PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik Norza Zakaria sebagai presiden kehormat seumur hidup. Pengumuman itu dibuat oleh pemangku presiden BAM V Subramaniam pada sidang media selepas mesyuarat majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini. “(Pelantikan ini dibuat) mengikut perlembagaan (BAM) dan dipersetujui sebulat suara oleh pihak pengurusan dan majlis,” katanya. Terdahulu, Norza berkhidmat sebagai presiden BAM dari 2017 hingga 24 Ogos lepas. Disember lepas, Norza mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan, dengan menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz sebagai pengganti pilihannya. Bagaimanapun, susulan permintaan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh agar mempertimbangkan keputusan itu, Norza bersetuju kekal sebagai presiden BAM sehingga selepas Sukan Olimpik Paris. News
Johor negeri terbaru dilanda banjir Posted on 24/11/2024 Beberapa sungai di daerah Tangkak dan Segamat, Johor dilaporkan berada pada paras waspada. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Johor menjadi negeri terbaru dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, petang tadi, menempatkan 11 orang daripada empat keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)… Read More
Rancangan perniagaan, rekod kadar aduan antara faktor U Mobile dipilih Posted on 06/11/2024 Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, SKMM kata menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan. PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia dibuat berdasarkan beberapa faktor dan melalui proses saringan… Read More
Daim laid to rest at Bukit Kiara Muslim cemetery Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — Former finance minister Tun Daim Zainuddin, who passed away today at a private hospital here, was laid to rest at Bukit Kiara Muslim Cemetery at 6.07pm. The van carrying the late Tun Daim’s remains arrived at the cemetery at 5.16pm, according to a report by… Read More