Orang Asli mahu jual sawit tanpa geran tanah perlu rujuk kerajaan negeri Posted on 19/11/2024 By udot Syarat mewajibkan geran tanah dan lesen bagi penjualan buah kelapa sawit diwujudkan bagi memenuhi standard EUDR, menurut Johari Abdul Ghani. KUALA KANGSAR: Masyarakat Orang Asli yang mahu menjual buah kelapa sawit tetapi tidak memiliki geran tanah dan lesen perlu merujuk kepada kerajaan negeri masing-masing, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, syarat pemilikan geran tanah dan lesen kepada penjual buah kelapa sawit terpakai kepada semua pemain industri kelapa sawit dalam negara. “Kalau ada kes macam itu (Orang Asli), kita pergi sahaja ke kerajaan negeri, minta pengesahan daripada kerajaan negeri dan kita pertimbangkan (tanah itu) sebagai hak milik (title) mereka,” katanya selepas selepas merasmikan ‘Kilang Minyak Sawit Pintar Pertama Di Dunia Berasaskan AI’ hasil kerjasama Minsawi Industries (Kuala Kangsar) Sdn Bhd dan Airei Sdn Bhd di sini hari ini. Beliau menjelaskan, penebangan hutan tanpa kebenaran bagi penanaman kelapa sawit tidak melayakkan Orang Asli untuk memperoleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO), justeru menyebabkan kumpulan itu tidak dapat menjual hasil mereka. Semalam, media melaporkan Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas perdana menteri pada sesi perbahasan Dewan Rakyat meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melonggarkan syarat penjualan buah kelapa sawit tanpa perlu mewajibkan geran tanah dan lesen kerana ia membebankan pekebun kecil, khususnya masyarakat Orang Asli. Sementara itu, Johari berkata, syarat mewajibkan geran tanah dan lesen bagi penjualan buah kelapa sawit diwujudkan bagi memenuhi standard Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR). Menurutnya, Malaysia menghasilkan 18.6 juta tan kelapa sawit setahun dan mengeksport 14 hingga 13 juta tan daripada jumlah itu ke negara seperti China, India dan negara Eropah. Bagi memenuhi syarat pensijilan Eropah, katanya, mana-mana tanah yang ditanam kelapa sawit wajib mempunyai hak milik. News
Sekolah di Tanjong Karang gempar pondok pengawal dirempuh lori Posted on 09/11/2024 Keadaan lori selepas merempuh pondok pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang pagi tadi. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang di Selangor gempar selepas sebuah lori merempuh pondok pengawal keselamatannya. Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata nahas 9.10 pagi tadi itu berlaku di KM60 Jalan Klang-Teluk Intan,… Read More
Japan on cusp of World Cup as Son scores in Palestine draw Posted on 20/11/2024 Headers from Japan’s Koki Ogawa and Ko Itakura put them two goals ahead at half-time against China at Xiamen Egret stadium. (AFC pic) HONG KONG: Japan are on the brink of qualifying for the World Cup after a 3-1 win at China on Tuesday, while Son Heung-min scored again as South… Read More
BM is a ‘living language’, but let’s not force it into absurdity Posted on 13/11/2024 From Said Bani Che Mat Din When Malaysia’s education minister recently declared that the public needs to accept new Malay words because Bahasa Malaysia is a “living language”, one cannot help but wonder if this statement was made with due consideration for linguistic reality. While no one denies that languages… Read More