Paderi Singapura cedera ditikam di gereja Posted on 10/11/2024 By udot Kejadian tikaman berlaku di Gereja St Joseph di Bukit Timah melibatkan paderi, Christopher Lee. (Gambar Facebook) SINGAPURA: Seorang paderi cedera dalam serangan menggunakan pisau semasa upacara misa di Gereja St Joseph di Bukit Timah, pada petang Sabtu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam, berkata paderi itu telah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil. Beliau berkata suspek, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, telah ditahan pihak polis. Menurut beliau, penyerang itu sebelum ini mengisytiharkan agamanya sebagai Kristian kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). “Siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam catatan di Facebook. Sementara itu, Keuskupan Agung Roman Katolik Singapura mengenal pasti mangsa sebagai Christopher Lee, seorang paderi di Gereja St Joseph. Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Komunikasi Uskup Agung, Gereja itu menyatakan bahawa Lee telah diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau semasa meraikan misa pada 5.30 petang. Gereja itu memaklumkan bahawa Lee telah dibawa ke Hospital Universiti Nasional oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura dan sedang menerima rawatan. Gereja menggesa masyarakat agar bertenang dan mengelakkan spekulasi di media sosial sementara polis menjalankan siasatan. “Gereja tidak membenarkan sebarang bentuk keganasan. Kami juga memohon doa agar Lee lekas sembuh, untuk penyerang, dan untuk semua yang hadir semasa misa, terutamanya kanak-kanak yang mungkin terkesan dengan insiden ini,” menurut kenyataan itu. Sementara itu, Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan bantuan kira-kira 6.30 petang. Senjata yang digunakan suspek, yang mempunyai rekod jenayah lampau mencederakan orang dengan serius dan kesalahan berkaitan dadah berjaya dirampas anggota jemaah dan suspek kemudiannya ditahan oleh pegawai polis. Polis berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai bertindak sendirian. “Setakat ini, polis tidak mengesyaki bahawa ini adalah satu tindakan keganasan,” menurut kenyataan itu. Orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat spekulasi sementara siasatan diteruskan untuk menentukan motif kejadian. News
Landslide at Jalan Besar, Tanah Rata-Ringlet: Affected route in Cameron Highlands reopened to vehicles (VIDEO) Posted on 14/11/2024 KUANTAN, Nov 13 — The route on Jalan Besar, Tanah Rata-Ringlet at Kilometre (KM) 54, which was affected by a landslide as well as fallen trees at 4pm today, has been cleared and opened to all types of vehicles. Cameron Highlands district police chief Supt Azri Ramli said the incident… Read More
Israeli football fans back home after Amsterdam violence Posted on 09/11/2024 A Maccabi Tel Aviv fan points at the club’s emblem as he arrives at Israel’s Ben-Gurion airport today. (AP pic) TEL AVIV: A plane carrying Israeli football supporters brought home from Amsterdam by the government landed today at Israel’s Ben Gurion airport as authorities condemned a night of “hateful antisemitic”… Read More
Amid scrutiny, MOE says presented Malaysia’s inclusive education policies, especially on gender rights, to Afghan delegation Posted on 21/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 21 — A recent visit by a delegation from Afghanistan’s Education Ministry to Malaysia’s Ministry of Education (MOE) is part of an effort to support Malaysia’s foreign policy approach towards Afghanistan. In a statement today, MOE said the programme was carried out under the guidance and advice of… Read More