Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14kg dadah Posted on 07/01/2025 Cheng Ee Fei dan Chan Pei Een didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. (Gambar Pexels) JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Dis lalu. Cheng Ee Fei, 32, dan Chan Pei Een, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dengan anggaran berat 14.42kg di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam di tepi jalan Persiaran Mutiara Mas dekat Skudai sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 28 Dis lalu. Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan maksimum 15 kali sebatan. Kedua-dua mereka yang turut berhadapan dua pertuduhan lain, iaitu memiliki pelbagai jenis dadah membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan majistret sama. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa memiliki 24.58 gram dadah jenis ketamin dan 2.75 gram dadah jenis methamphetamine di lokasi, tarikh dan masa yang sama. Kesalahan terbabit dilakukan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 7 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula untuk menunggu laporan kimia. News
France’s Macron announces fourth government of the year Posted on 24/12/2024 President Emmanuel Macron and Brigitte Macron observe a minute of silence at the Elysee Palace during national mourning for victims of a cyclone in Mayotte. (EPA Images pic) PARIS: French president Emmanuel Macron named a new government Monday evening, putting together a team under Francois Bayrou, his fourth prime minister of… Read More
Trailer driver in fatal Bukit Mertajam container accident flashes peace sign as he enters court Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — A 51-year-old trailer driver involved in an accident that led to the death of a young woman in Bukit Mertajam, Penang yesterday has been remanded for four days to assist with investigations. Malaysia Gazette reported that Magistrate Mohd Harith Mohd Mazlan issued the remand order,… Read More
S Atan, composer who worked with top Malaysian artistes, dies Posted on 16/11/2024 Composer S Atan died at his home in Kajang today. (Facebook pic) PETALING JAYA: Composer of Malay songs S Atan died at his home in Kajang this afternoon. He was 75. Atan, whose real name was Hashim Said, had been battling health issues, including a stroke and kidney problems, in… Read More