Pegawai JAS cuba lepaskan kontena berisi ‘e-waste’ di Pelabuhan Klang, dedah EAIC Posted on 06/01/2025 EAIC berkata kontena mengandungi e-waste itu kini masih berada di Pelabuhan Klang. PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan terdapat cubaan daripada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melepaskan kontena dipercayai mengandungi sisa elektronik atau ‘e-waste’ dari negara luar di Westports, Pelabuhan Klang. Dalam kenyataan, EAIC berkata hasil siasatan juga menunjukkan terdapat kelewatan penyelesaian kertas siasatan oleh JAS berkaitan kontena terbabit yang juga berpunca daripada kelemahan penyeliaan. EAIC berkata, kontena mengandungi e-waste itu kini masih berada di Pelabuhan Klang. Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan negara asal kontena berkenaan. “Kelewatan yang amat sangat mengenai pengendalian kes berkenaan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan pencemaran alam sekitar tidak dapat dibendung dan dilindungi dengan segera,” menurut suruhanjaya itu. EAIC juga mendedahkan terdapat kebocoran maklumat dalaman berkaitan pertukaran pengarah, pegawai dan lantikan pengarah, pegawai baharu akan melepaskan kontena-kontena berkenaan. Siasatan terhadap JAS susulan maklumat diterima pada Mei tahun lalu kemungkinan terdapat salah laku dilakukan oleh pegawai agensi itu yang telag memberi kebenaran untuk melepaskan kontena dipercayai mengandungi e-waste di Pelabuhan Klang. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. Hasil siasatan, EAIC mengesyorkan tindakan tatatertib diambil serta hukuman sewajarnya dikenakan terhadap pegawai JAS yang terlibat kepada pihak berkuasa tatatertib (PBT) kumpulan pengurusan tertinggi melalui ketua setiausaha negara (KSN). Selain itu, mengemukakan cadangan penambahbaikan prosedur tetap operasi (PTO) JAS dan arahan tetap operasi penguatkuasaan (Atop) JAS kepada ketua setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Awam untuk tindakan selanjutnya. “… dan memanjangkan dapatan siasatan dan pengesyoran bersama-sama dengan laporan EAIC kepada KSN,” katanya. News
Kelantan recovers from floods; more evacuees return home in Terengganu Posted on 12/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 12 — Kelantan fully recovered from the floods last night, while in Terengganu, the number of evacuees continued to drop. In KELANTAN, Gua Musang Social Welfare officer Bun Tham Eh Gin said the last relief centre (PPS) at Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1, which housed 41… Read More
Peniaga pukul bekas isteri sehingga koma dihukum penjara 10 tahun Posted on 09/12/2024 Mahkamah jatuhkan hukuman penjara terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isteri sehingga koma. (Gambar Facebook) JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isteri ketiganya sehingga koma pada Jun 2021. Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman itu terhadap… Read More
It’s actually B20, M50 and T30: Study says only top 30pc households spend like ‘middle-class’, while those sandwiched remain economically vulnerable Posted on 31/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 31 — Khazanah Research Institute’s (KRI) latest study finds that the current classification of the Bottom 40 (B40), Middle 40 (M40), and Top 20 (T20) income groups does not accurately reflect the true economic stratification of Malaysian households. Instead, the findings revealed that only the Top 30… Read More