Peguam hujah pengampunan diraja sah walau tak lalu lembaga Posted on 05/01/2025 Peguam Haniff Khatri Abdulla ketika bercakap dalam satu forum awam mengenai isu pengampunan diraja petang tadi. KUALA LUMPUR: Pengampunan diraja masih sah walaupun diperkenankan tanpa melalui proses di Lembaga Pengampunan, hujah peguam Haniff Khatri Abdulla dalam satu forum awam mengenai isu pengampunan diraja. Haniff berkata Perlembagaan Persekutuan dan beberapa duluan ditetapkan Mahkamah Persekutuan menunjukkan bahawa pengampunan diraja boleh diberikan oleh raja tanpa perlu melalui proses lembaga tersebut. “Kesahan mana-mana pengampunan diraja tidak terjejas walaupun dibuat di luar prosiding Lembaga Pengampunan,” kata Haniff dalam forum bertajuk ‘Pengampunan Diraja: Skop dan Halangan’ yang berlangsung petang tadi. Beliau berhujah bahawa pemberian pengampunan adalah hak prerogatif raja semata-mata dan tidak boleh dihadkan oleh mana-mana formaliti atau badan. Komen Haniff itu muncul di tengah-tengah kontroversi tuntutan bekas perdana menteri Najib Razak bahawa beliau layak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah seperti yang didakwa terkandung dalam perintah tambahan lembaga pengampunan. Satu perhimpunan solidariti akan diadakan di Putrajaya pada Isnin bagi menyokong Najib, yang permohonan semakan kehakimannya akan dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan pada hari tersebut. Semalam, Istana Negara menegaskan bahawa mana-mana permohonan untuk banduan di wilayah persekutuan diberikan pengampunan atau pengurangan hukuman mesti dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan untuk pertimbangan. Kenyataan istana itu dikeluarkan seminggu selepas Jabatan Peguam Negara menyatakan bahawa sebarang permohonan untuk banduan di wilayah persekutuan menjalani baki hukuman mereka di bawah tahanan rumah, termasuk Najib, perlu melalui Lembaga Pengampunan. Haniff berkata walaupun rang undang-undang mengenai tahanan rumah diluluskan, yang memberi pilihan kepada hakim dalam menjatuhkan hukuman, ia tidak akan menjejaskan hak prerogatif raja untuk memberikan pengampunan. Rang undang-undang yang membenarkan tahanan rumah sebagai hukuman alternatif bagi kesalahan tertentu dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini. Walaupun tiada peruntukan undang-undang bagi banduan menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah, Akta Penjara membenarkan seorang banduan dibebaskan dengan lesen tertakluk kepada peraturan yang dibuat oleh menteri dalam negeri. Pada Isnin, Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Najib untuk semakan kehakiman bagi dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah seperti yang didakwa terkandung dalam perintah tambahan pada 2 Feb lalu. Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang atas tuduhan rasuah dalam kes SRC International. News
Johor MB: Signing of JS-SEZ agreement with Singapore set for Dec 9 Posted on 08/11/2024 KULAI, Nov 7 — The joint agreement on the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) is expected to be signed on Dec 9, 2024, said Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. He said that the agreement is projected to be inked during the Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia… Read More
In Dubai, PM Anwar predicts health and infra investment haul Posted on 14/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 14 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said long-term investments involving healthcare, airport operations, and energy sectors are expected following his working visit to the United Arab Emirates (UAE). Anwar, currently on a three-day working visit to the UAE since Sunday, said in a post on… Read More
Chelsea beat Brentford 2-1 to close in on Liverpool Posted on 16/12/2024 Brentford’s Bryan Mbeumo (left) challenges Chelsea’s Jordon Sancho for the ball during the match at Stamford Bridge. (AP pic) LONDON: Buoyant Chelsea moved within two points of leaders Liverpool in the Premier League on Sunday as goals from Marc Cucurella and Nicolas Jackson earned them a 2-1 victory over neighbours… Read More