Pekerja mengaku salah aib kehormatan rakan wanita Posted on 24/12/2024 Mahkamah Majistret Ampang menetapkan 5 Feb 2025 untuk sebutan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh yang merupakan pesalah muda sebelum menjatuhkan hukuman. (Facebook pic) KUALA LUMPUR: Seorang pekerja stor sebuah kedai serbaneka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang kerana mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video rakan sekerjanya itu yang sedang ‘melepas hajat’, empat hari lalu. Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa merakam video rakan sekerjanya yang juga merupakan juruwang, di dalam tandas di premis itu di Jalan Ampang Hilir, Hulu Langat pada 8.23 malam, 20 Dis. Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani, mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan menanggung keluarga. Majistret Amalina Basirah Md Top membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. Mahkamah juga menetapkan 5 Feb 2025 untuk sebutan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh yang merupakan pesalah muda sebelum menjatuhkan hukuman. News
No more concert permits in Selangor until probe into Pinkfish drug-related deaths complete, cops say Posted on 03/01/2025 SHAH ALAM, Jan 3 — Selangor police have temporarily suspended the approval of permits for concerts in the state until investigations into the deaths of four individuals who attended the Pinkfish Concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, are completed. Selangor Police Chief Datuk Hussein Omar Khan said the directive, effective… Read More
BN ketengah banyak calon muda, muka baharu pada PRU16, kata Zahid Posted on 24/11/2024 Usaha meletakkan calon muda atau muka baharu adalah antara langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi. (Gambar Bernama) IPOH: Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutamanya daripada kalangan anak muda, pada PRU16, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi…. Read More
Iran welcomes Lebanon ceasefire, reserves right to react to Israeli airstrikes Posted on 28/11/2024 Iranian foreign minister Abbas Araqchi, at a press conference in Lisbon, welcomed the Lebanon ceasefire and expressed hope for its lasting effect. (EPA Images pic) LISBON: Iranian foreign minister Abbas Araqchi said on Wednesday that Tehran reserves the right to react to Israeli airstrikes last month on Iran but is… Read More