Peket makanan ringan disyaki campuran dadah RM6.2 juta dirampas Posted on 12/11/2024 Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata lelaki berusia 37 tahun itu disyaki terima bekalan dadah dari beberapa negara luar menerusi kurier. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Sejumlah 689 peket makanan ringan disyaki mengandungi campuran ganja, bunga ganja, cendawan, dan cecair rokok elektronik dianggar RM6.2 juta dirampas di sebuah kondominium di Damansara. Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata pihaknya terdahulu menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bersama 8.5kg ganja di hadapan kondominium, kira-kira 1.30 petang, semalam. Katanya, suspek dipercayai beroperasi secara bersendirian. “Sindiket ini agak berbeza yang mana bekalan dadah diperoleh suspek menerusi perkhidmatan kurier dari beberapa negara dan bukan melalui darat seperti yang biasa kita kesan. “Suspek bertindak membungkus semula bekalan dadah yang diperoleh untuk pasaran tempatan di Selangor, beberapa negeri dalam negara dan negara jiran yang mana ia dijual secara atas talian,” katanya menurut Harian Metro, di IPK Selangor, Shah Alam. Hussein berkata, suspek melaksanakan aktiviti haram itu di rumah sebelum naik taraf operasi dengan menyewa kondominium. Beliau berkata, suspek bekerja sebagai pegawai pemasaran syarikat digital itu juga dipercayai aktif sejak setahun lalu. Katanya, hasil semakan juga mendapati bapa kepada dua anak itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan saringan awal air kencing juga negatif. Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton X50 bernilai RM76,000. Suspek kini direman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. News
Offering 60pc discount, PDRM say collected RM2.1m in summonses on first day of Madani govt anniversary event Posted on 23/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 23 — The Royal Malaysia Police (PDRM) recorded RM2.1 million in summons collections on the first day of its 60 per cent discount offer, held as part of the Two Years of Madani Government (2TM) programme. Federal Traffic Investigation and Enforcement Department director Datuk Seri Mohd Yusri… Read More
Israeli strikes kill 47 people in eastern Lebanon, says official Posted on 22/11/2024 Israeli airstrikes hit the Hezbollah-controlled southern suburbs of Beirut, sending up clouds of debris, in some of the most intense airstrikes yet. (AP pic) BEIRUT/JERUSALEM: Israeli strikes killed at least 47 people in eastern Lebanon on Thursday, a Lebanese official said, pressing the campaign against the Iran-backed Hezbollah group as… Read More
Kelantan floods force 8,838 to evacuate, Rantau Panjang nearly cut off Posted on 27/11/2024 KOTA BARU, Nov 27 — Flooding across nine districts in Kelantan has displaced 8,838 residents as of 2.43pm, with Pasir Mas reporting the highest number of evacuees at 1,634. This is followed by Kota Baru (1,561) and Pasir Puteh (1,386), according to Sinar Harian. Rantau Panjang is said to be… Read More