Pelawaan Warisan cubaan pecahkan GRS, kata presiden PBS Posted on 12/01/2025 Pemangku Presiden PBS Joachim Gunsalam kata komitmen partinya adalah bersama GRS. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) percaya pelawaan kerjasama daripada Warisan menjelang PRN akan datang cubaan untuk memecahbelahkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Joachim Gunsalam berkata PBS sudah beri komitmen untuk bersama GRS sejak hari pertama dan akan terus bersama gabungan itu. “Biarpun tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan namun, pada saat ini, komitmen PBS adalah bersama-sama dengan GRS,” katanya lapor Utusan Malaysia. Menurut laporan itu, Naib Presiden Warisan Terrence Siambun dan Ketua Penerangan Warisan Azis Jamman menyatakan Warisan ingin bekerjasama dengan PBS, dan tidak mahu bekerjasama dengan Gagasan Rakyat. GRS dipimpin oleh Hajiji Noor, yang juga presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah. Sementara itu, presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dilapor berkata partinya sedia bekerjasama dengan mana-mana parti tempatan. “Jika kita ingin berpegang kepada slogan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ maka kita kena konsisten untuk bekerjasama dengan semua,” kata Jeffrey Kitingan. News
Chelsea and Arsenal draw 1-1 in tight London derby Posted on 11/11/2024 Arsenal’s Gabriel Jesus (left) tries to get past Chelsea’s Marc Cucurella during the match at Stamford Bridge. (AP pic) LONDON: Chelsea and Arsenal shared the spoils in a tense 1-1 battle at Stamford Bridge on Sunday, keeping the London sides level in the Premier League but still nine points adrift… Read More
Elderly man drowns in five-metre well while performing ablution in Pasir Mas, says Kelantan Fire Dept Posted on 18/11/2024 KOTA BHARU, Nov 18 — An elderly man was found dead in a well in Kampung Tasek Bakong, Pasir Mas, early yesterday morning. Rantau Panjang Fire and Rescue Station chief Shapawi Stapa said the department received a call about the incident at 6.52 am before a six-member team was dispatched… Read More
Retired chief justice Richard Malanjum, Musa Aman, Pandikar, Pairin among potential candidates for Sabah governor replacing Juhar Posted on 05/12/2024 KOTA KINABALU, Dec 4 — Former chief justice Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum has been proposed as the next governor of Sabah. Warisan vice-president Terrence Siambun who made the proposal, said Malanjum was a distinguished Sabahan with an exceptional track record which displayed his commitment to justice and unity…. Read More