Pemancing jatuh laut ditemukan lemas Posted on 07/12/2024 Mayat mangsa ditemukan petang tadi di perairan Kuala Chenang, Langkawi kira-kira 150m dari lokasi terjatuh. (Gambar fail) ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu ‘Water Breaker’ Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi. Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari, berkata mayat mangsa Che Yassin Che Ngah, 43, dari Kampung Perana, Ulu Melaka, di sini, ditemukan 6.10 petang, di perairan Kuala Chenang kira-kira 150m dari lokasi mangsa terjatuh. “Mangsa ditemukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), sebelum dibuat pengecaman oleh isteri mangsa. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan. Dalam kejadian 11.30 malam semalam, Che Yassin yang baru selesai memancing bersama adik iparnya terjatuh ke dalam laut, ketika melalui jambatan berkenaan selepas terpijak kayu reput. News
Liverpool beat Man City 2-0 to go nine points clear Posted on 02/12/2024 Liverpool’s Mohamed Salah tries to score past Manchester City’s goalkeeper Stefan Ortega but shoots over the bar during the match at Anfield. (AP pic) LIVERPOOL: Liverpool overawed Manchester City in a 2-0 win on Sunday with goals from Cody Gakpo and Mohamed Salah to take a commanding nine-point lead at… Read More
Bukit Mertajam MP Steven Sim steps in to help Kelantan family of seven living in car in Penang with new house and job Posted on 23/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 23 — A Kelantan man’s journey to Penang in search of a livelihood took an unexpected turn when he and his family were left homeless after being scammed by a landlord. Hilmi, a father of five, initially worked as a lorry driver in Penang to provide for… Read More
Kertas siasatan pensyarah hina nabi dirujuk AGC Selasa ini Posted on 30/11/2024 Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lima individu juga sudah dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan berkait kes tersebut. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad ketika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini. Ketua… Read More