Pemilihan PKR: Kedudukan timbalan, naib presiden penting stabilkan pemerintahan Anwar Posted on 11/01/2025 Ketika ini jawatan timbalan presiden PKR disandang Rafizi Ramli manakala kerusi naib presiden diduduki Nik Nazmi Nik Ahmad selain Amirudin Shari, Aminuddin Harun dan Chang Lih Kang. PETALING JAYA: Kekuatan timbalan dan naib presiden PKR yang bakal dipilih pada pemilihan parti akan datang penting untuk memastikan kestabilan kepimpinan Anwar Ibrahim, kata penganalisis. Felo Majlis Profesor Negara (MPN), Azmi Hassan, berkata ini kerana pemimpin PKR dipilih ke jawatan itu boleh menyokong Anwar meneruskan pentadbirannya di Putrajaya selepas PRU16 walaupun sudah mencapai had tiga penggal sebagai presiden parti. Azmi Hassan. “Ini yang mungkin cuba dikatakan (naib presiden PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menstabilkan kepimpinan Anwar. “Bagi saya jawatan itu (timbalan dan naib presiden) penting bagi mengekalkan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri walaupun bukan lagi menjadi presiden,” katanya kepada FMT. Beliau mengulas kenyataan Nik Nazmi, kelmarin, yang dilaporkan Berita Harian bahawa pemilihan parti dijadualkan selepas Mei ini bertujuan menstabilkan kepemimpinan Anwar. Ketika ini, jawatan timbalan presiden PKR disandang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli manakala kerusi naib presiden pula diduduki Nik Nazmi yang juga menteri sumber asli dan kelestarian alam selain Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang. Semuanya menang pada pemilihan berlangsung Mei 2022. Mereka yang dilantik sebagai naib presiden pula terdiri Nurul Izzah Anwar, Saraswathy Kandasami dan Awang Husaini Sahari. Anwar mula mengetuai PKR pada penggal 2018-2021 sebelum mempertahankan kedudukan itu untuk penggal 2022-2025, kedua-duanya menang tanpa bertanding. Pada kongres khas bulan lalu, Anwar menggesa proses pemilihan parti dilaksanakan segera bagi membolehkan peralihan kepimpinan selaras dengan prinsip demokrasi dijunjung tinggi. Syaza Shukri. Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpendapat kenyataan Nik Nazmi bukan bermaksud tiada lagi demokrasi dalam PKR kerana seolah-olah tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi disandang Anwar. “Saya rasa seperti yang Nik Nazmi kata ia lebih kepada mengukuhkan kedudukan PKR dalam kerajaan. Namun, saya rasa sikap terbuka untuk bersuara dan menyoal presiden PKR sepatutnya berterusan. “Kestabilan tak bererti semua berdiam dan ia tak bagus untuk parti kerana presiden perlu tahu perkara di bawah,” katanya. News
Police seek public info on teacher missing in Ipoh for 11 days Posted on 21/12/2024 IPOH, Dec 21 — Police are appealing for the public’s help to locate a 43-year-old female teacher who has been reported missing since Dec 10. Nur Nazalishah Ahmad, from Taman Lapangan Harmoni here, was last seen at Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, school area. Ipoh district police chief ACP Abang Zainal… Read More
Senior Perak cop hit-and-run trial: Police allowed to use private vehicles for law enforcement, witness tells High Court Posted on 17/01/2025 IPOH, Jan 17 — The High Court here was told today that the police can use private vehicles while enforcing the law against offenders who commit traffic or criminal offences. ASP S Dasarathan, 46, the 33rd prosecution witness in the trial of Mohd Nazri Abdul Razak, who is accused of… Read More
MCMC sets aside RM13.7m to install 2,000 WiFi access points at UM, Usim and Unimap Posted on 14/12/2024 PUTRAJAYA, Dec 13 — The Communications and Multimedia Commission (MCMC) will allocate RM13.7 million to acquire over 2,000 WiFi access points at three institutions of higher learning (IPTs), namely Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) and Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), said Communications Minister Fahmi Fadzil. Fahmi, also the… Read More