Pemimpin PAS gesa PM tolak tajaan lawatan rasmi Posted on 22/11/2024 Naib Presiden PAS Amar Abdullah kata Anwar Ibrahim harus tolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi. PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi, kerana bimbang amalan itu memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Naib Presiden Amar Abdullah berkata tindakan menerima tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi membuka ruang kepada konflik kepentingan dan menjejaskan integriti pentadbiran. “Ia juga mencetuskan persepsi bahawa keputusan kerajaan boleh dipengaruhi oleh kepentingan pihak penaja, sekaligus menghakis keyakinan rakyat,” katanya dalam kenyataan. “Lebih membimbangkan, amalan ini memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Ia berpotensi mewujudkan budaya kronisme dan rasuah dalam pentadbiran, merosakkan kepercayaan kepada institusi kerajaan.” Amar berkata Anwar sebagai perdana menteri harus menolak tajaan sebegitu dan memastikan semua perbelanjaan rasmi dibiayai secara telus melalui saluran rasmi. “Rakyat berhak mendapat kepimpinan yang bebas, bersih, dan telus tanpa sebarang pengaruh luar,” tambahnya. Terdahulu, Anwar beritahu Dewan Rakyat bahawa sebahagian besar kos lawatan rasminya ke lima negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang turut mengikuti program itu. Katanya, ia pendekatan berbeza yang dibuat oleh pentadbirannya memandangkan kos lawatan kerja rasmi ke luar negara lazimnya menelan perbelanjaan yang tinggi. Beliau melaporkan syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan, dan kerajaan membantu syarikat itu sama ada import dan eksport. Anwar berkata Petronas, Sapura Energy, dan Proton antara syarikat yang diundang, lapor Astro Awani. Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, mengenai implikasi kewangan hasil lawaatn kerja beliau itu. Anwar pulang dari lawatan rasmi ke Kaherah (Mesir), Riyadh (Arab Saudi), Lima (Peru), Rio de Janeira (Brazil), dan Doha (Qatar) semalam. News
England captain Kane axed for Greece clash after blast at absentee stars Posted on 15/11/2024 Harry Kane said players must put ‘England first’ amid claims club managers urged them to fake injuries to skip international duty. (AP pic) ATHENS: England captain Harry Kane was left out of the starting line-up for Thursday’s Nations League clash with Greece just 24 hours after his remarkable blast at the… Read More
Decision on punishment for 5 UPNM cadets in 2 weeks Posted on 16/11/2024 Defence minister Khaled Nordin said although military training is indeed tough, it does not involve acts of cruelty such as assaults with hot irons. (Envanto Elements pic) PETALING JAYA: A decision will be made in two weeks on what sort of punishment should be meted out to five bullies at… Read More
PM umum peruntukan RM50 juta sokong Penang Silicon Design Posted on 07/12/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz pada pelancaran GBS TechSpace di Bayan Lepas hari ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi Penang Silicon Design @5km+ yang bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan… Read More