Pemuda maut rempuh pacuan empat roda di lorong kecemasan Posted on 05/01/2025 Menurut Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 29.1 Lebuhraya Kajang-Seremban arah selatan, Nilai semalam. Kejadian kira-kira 9.40 malam itu menyebabkan mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha berkonvoi dengan rakannya ke Senawang. “Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, mangsa merempuh bahagian belakang kenderaan terbabit yang berhenti di lorong kecemasan kerana dipercayai mengalami masalah enjin. “Pemandu kenderaan berusia 50an dan anak lelakinya berusia 30an yang berada di luar kenderaan ketika itu turut dirempuh,” katanya, menurut Sinar Harian. Katanya, rakan mangsa yang berusia 30an turut terjatuh selepas motosikalnya hilang kawalan ketika cuba mengelak. “Mangsa parah di kepala manakala rakannya cedera tangan kiri dan telah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Nilai Inspektor Rosliza Mohd Ludin di talian 010-4554359 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. News
Police: Gua Musang-Jeli road closed following 15m land slip Posted on 30/11/2024 GUA MUSANG, Nov 30 — The Jalan Gua Musang-Jeli stretch at KM 35 near Kampung Jerek heading towards Jelawang has been closed to all vehicles following a 15-metre-long land subsidence last night. Gua Musang district police chief Supt Sik Choon Foo said the incident was likely caused by continuous rain… Read More
Sambutan hari lahir serentak jadi kenangan akhir, kata adik mangsa Posted on 24/12/2024 Nur Aqilah Mazupi berkata abangnya yang juga pemandu MPV Khairul Ikhwan ke Melaka untuk sambutan hari keluarga sebelah isterinya. (Gambar Bernama) MELAKA: Sambutan ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak saudaranya yang diraikan serentak bulan lalu menjadi kenangan terakhir buat keluarga mangsa kemalangan tragis di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, malam… Read More
Putrajaya ups SARA for hardcore poor to RM2,100 for 2025, expands MyKad payments to Sabah and Sarawak Posted on 14/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 14 — The federal government has increased the annual Sumbangan Asas Rahmah (SARA) payments to RM2,100 for 2025, up from RM1,200 in 2024, benefiting impoverished households nationwide. In an announcement today, the Finance Ministry said disbursements via MyKad will now also be extended to Sabah and Sarawak,… Read More