Penganalisis sangkal dakwaan Dr M hak orang Melayu dirampas Posted on 13/12/2024 Penganalisis James Chin, berkata jika orang Melayu lemah sekalipun, ia disebabkan kegagalan Dr Mahathir Mohamad menerajui negara 24 tahun. PETALING JAYA: Seorang penganalisis mencabar dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa hak orang Melayu dirampas beransur-ansur dan “kuasa mereka akan hilang” di bawah kerajaan perpaduan. Awal hari ini, bekas perdana menteri itu dan beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN) berkata, mereka bersatu untuk melawan “musuh utama” orang Melayu. Dalam catatan Facebook, James Chin dari University of Tasmania, menyatakan orang Melayu konsisten mengawal institusi negara dan kedudukan politik utama sejak merdeka. Beliau berpandangan sebarang kehilangan pengaruh terikat kepada keberkesanan mereka dalam kedudukan itu, dan bukannya ancaman luar. Chin berkata, apa jua persepsi Mahathir tentang kehilangan kuasa orang Melayu harus diredakan, mengambil kira hakikat beliau menjadi perdana menteri dua kali dengan menerajui negara selama 24 tahun. “Jika orang Melayu sekarang sudah lemah, bukankah kerana beliau (Mahathir) tidak mewujudkan kerja lapangan dan asas kepada mereka? Mengapa beliau salahkan musuh orang Melayu?” katanya. “Andai orang Melayu hilang kuasa, bukankah orang Melayu dilantik dalam semua institusi utama tidak menjalankan tanggungjawab mereka? “Orang Melayu mempunyai keistimewaan kemasukan ke pendidikan tinggi, mempunyai universiti sendiri, dan pelbagai kelebihan seperti diskaun rumah. Adakah semua ini sedang diancam?” Chin berkata, Mahathir tidak memperincikan siapa “musuh utama” dirujuknya, berkemungkinan pemimpin berusia 99 tahun ingin menuding jari kepada masyarakat Cina. Beliau menegaskan orang Cina bukan ancaman wujud kepada kuasa politik Melayu, namun diperlihat sedemikian dalam naratif politik yang menekankan etnik dan dominasi. Katanya, persepsi terancam itu sering timbul daripada ketakutan untuk dicairkan penguasaan politik dan budaya Melayu, bukannya daripada keupayaan sebenar untuk menggulingkan atau mengubah secara ketara tatanan politik sedia ada. News
Sabah CM chairs key GRS meetings as the party gears up for state polls Posted on 30/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 29 — The ruling coalition, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), held its supreme council (AMT) meeting today in preparation for the state elections expected next year. Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor, who is also the chairman of GRS, said that among the key issues discussed during the… Read More
Najib, Irwan given DNAA in IPIC case Posted on 27/11/2024 Former prime minister Najib Razak was jointly charged with ex-treasury secretary-general Irwan Serigar Abdullah in 2018 with six counts of misappropriating public funds intended for payment to IPIC. KUALA LUMPUR: Former prime minister Najib Razak and ex-treasury secretary-general Irwan Serigar Abdullah have been granted a discharge not amounting to acquittal… Read More
Floods in Kelantan, Terengganu expected to be worse than 2014 disaster, says DPM Zahid Posted on 28/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 28 –– The floods currently affecting Kelantan and Terengganu are expected to be worse than the 2014 disaster. Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said this projection was based on forecasts from Malaysia’s Meteorological Department (MetMalaysia), according to a report published in Sinar Harian today…. Read More