Pengarah disyaki terima rasuah RM1 juta ditahan SPRM Posted on 16/01/2025 SPRM tahan reman pengarah syarikat disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM1 juta, berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman. (Gambar SPRM) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta. Dakwaan rasuah itu, menurut sumber, sebagai balasan untuk memberikan kerja-kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada para pekerja, berjumlah kira-kira RM900 juta. Suspek berkenaan, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an, ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di SPRM Putrajaya. SPRM peroleh perintah reman lima hari sehingga 20 Jan pagi tadi. “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Ogos 2023 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun milik syarikat suspek,” menurut sumber. “Suspek juga disyaki mengaku sebagai kontraktor utama bagi tender pembekalan makanan dan minuman selama lima tahun kepada pekerja di sebuah loji penapisan minyak sedangkan pembekalan tersebut tidak wujud.” Dalam pada itu, sumber memaklumkan bahawa suspek turut menyamar sebagai ‘Datuk’ dan mempunyai rekod jenayah melampau membabitkan kes penipuan. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan. Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM. News
Jewellery losing their lustre? Bring your gold and silver for free cleaning by Museum Dept at Madani govt event Posted on 24/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 24 — Jewellery is one of the main adornments of women, but how often is it cleaned? Don’t worry because the Malaysian Museum Department (JMM) is offering a free ‘Jom Cuci Emas’ service at the Ministry of National Unity’s booth at the Two-Year MADANI Government (2TM) programme… Read More
Bangi MP calls for moratorium on satire investigations under Act 588 following Fahmi Reza probe Posted on 20/12/2024 BANGI, Dec 20 — Bangi MP Syahredzan Johan has called for a moratorium on investigations and prosecutions under Section 233(1) of the Communications and Multimedia Act 1998 (Act 588) concerning satire and parody works. This follows the recent police probe into graphic designer Fahmi Reza. Syahredzan emphasised the importance of… Read More
Thousands of Syrians in Berlin celebrate the departure of Assad Posted on 09/12/2024 Scores of people in Berlin celebrated the fall of President Bashar al-Assad, waving the Syrian opposition flag. (AP/dpa pic) BERLIN: Thousands of jubilant Syrians gathered in Berlin on Sunday to celebrate the fall of President Bashar al-Assad, sounding car horns and waving Syrian opposition flags. “We’re happy. The dictatorship is… Read More