Pengasas FashionValet, suami dibenar dapat pasport tunai umrah Posted on 31/12/2024 Vivy Yusof dan suami Fadzaruddin Shah Anuar sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah serta Permodalan Nasional Berhad berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu. PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan pelepasan sementara pasport pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suami Fadzaruddin Shah Anuar bagi membolehkan mereka menunaikan umrah. Hakim Rosli Ahmad membenarkan pasport diserahkan kepada Vivy Sofinas, 36, dan Fadzaruddin, 35, menerusi peguamnya, selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan terhadap permohonan itu. “Permohonan pasport dibenarkan bermula pada 31 Disember (hari ini) dan dikembalikan kepada mahkamah pada 15 Januari,” katanya, menurut Berita Harian. Terdahulu, peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan suami isteri itu memohon pasport diserahkan sementara kepada anak guamnya yang akan bertolak ke Arab Saudi pada 5 Januari untuk menunaikan umrah. Katanya, kedua-dua anak guamnya akan kembali ke Malaysia pada 14 Januari dan pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 15 Januari. Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan itu. Bagaimanapun, Wan Shaharuddin bertanya sama ada perancangan untuk menunaikan umrah dilakukan sebelum atau selepas pertuduhan dibuat. Fadzaruddin bangun dan menjawab secara ringkas, perancangan ke Tanah Suci dilakukan selepas pertuduhan. Pada 5 Disember lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu. Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama sebagai ejen iaitu pengarah Fashion Valet Sdn Bhd (FV) dan di dalam kapasiti itu diamanahkan dengan harta iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana pelaburan itu di mana dengan curangnya membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FV kepada syarikat, 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah syarikat itu. Kesalahan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Plaza Damansara Bukit Damansara, di sini, pada 21 Ogos 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda. News
Minister Fahmi expresses condolences to family, friends of Bangsar snatch thief victim who died today Posted on 30/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 30 — Communications Minister Fahmi Fadzil today conveyed his condolences to the family and friends of Lim Foong Mei, the elderly woman who was the victim of a snatch theft by a motorcyclist in Jalan Limau Manis, Bangsar, in October. Lim passed away today. In a Facebook… Read More
Iraq tries to stem influx of illegal foreign workers Posted on 29/11/2024 Iraq’s foreign worker influx was primarily from Syria, Pakistan, and Bangladesh, with 40,000 immigrants registered by the government. (EPA Images pic) KARBALA: Rami, a Syrian worker in Iraq, spends his 16-hour shifts at a restaurant fearing arrest as authorities crack down on undocumented migrants in the country better known for its… Read More
Don’t withdraw case against Daim, says widow Posted on 19/11/2024 Naimah Khalid accused Prime Minister Anwar Ibrahim of using former finance minister Daim Zainuddin’s death as an opportunity to avoid accountability for “repeated public slander” against him. (Bernama pic) PETALING JAYA: Naimah Khalid, the widow of former finance minister Daim Zainuddin, has urged the attorney-general and Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)… Read More