Pengimport telur gagal saman fitnah Azmin Posted on 15/11/2024 Azmin Ali disaman berhubung dakwaannya bahawa sebuah syarikat telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak saman fitnah difailkan pengimport telur tempatan terhadap bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali. Hakim Leong Wai Hong berkata J&E Advance Tech Sdn Bhd gagal membuktikan tiga unsur fitnah dalam samannya terhadap Azmin yang juga bekas menteri besar Selangor. Leong berkata syarikat itu mesti membuktikan bahawa kenyataan defendan merujuk kepadanya, bahawa ada penerbitan kandungan berunsur fitnah dan kenyataan disangkal terbabit adalah fitnah. Bagaimanapun, Leong berkata Deepak Jaikishan, yang dirujuk Azmin beberapa kali dalam ucapannya, bukanlah pengarah mahupun pemegang saham syarikat itu. “Saman itu ditolak dengan kos RM50,000,” katanya dalam keputusannya. Tahun lepas, J&E menyaman Azmin berhubung kenyataannya yang mendakwa syarikat itu telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India sebagai langkah sementara menampung kekurangan bekalan. Syarikat itu meminta injunksi untuk menghalang Azmin daripada mengulangi dakwaan itu selain menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos. Azmin menafikan memfitnah syarikat itu dan mendakwa ucapannya adalah komen adil berhubung perkara kepentingan awam. Beliau berkata bahawa beliau tidak menamakan syarikat itu, sama ada secara langsung atau tidak, dan hanya mengkritik dasar kerajaan semasa ceramah pada Mac 2023. Azmin ialah Adun Bukit Antarabangsa, ketua pembangkang DUN Selangor dan ketua penerangan Perikatan Nasional ketika itu. Peguam Nizamuddin Abdul Hamid mewakili Azmin manakala J&E diwakili Bhavanash Sharma. News
Sabah Mineral dakwa bekas CEO langgar kewajipan, fraud Posted on 18/11/2024 Sabah Mineral Management berkata Jontih Enggihon didakwa melakukan salah laku hasil dapatan siasatan dalaman. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd mendakwa bekas ketua pegawai eksekutif, Jontih Enggihon, melanggar kewajipan fidusiari, fraud, dan salah laku, dengan laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)…. Read More
Iran’s president criticises new hijab law Posted on 03/12/2024 Women in Iran have been required to cover their hair in public since the 1979 Islamic Revolution. (EPA Images pic) TEHRAN: Iranian president Masoud Pezeshkian has expressed doubts about new legislation imposing tougher penalties on women who flout mandatory hijab regulations. Since the 1979 Islamic Revolution, women in Iran have… Read More
Fernandes hopes Amorim can ‘change the energy’ at Man Utd Posted on 14/11/2024 Ruben Amorim is United’s sixth permanent managerial appointment since the end of Alex Ferguson’s trophy-filled 27-year reign in 2013. (Man Utd/FB pic) LONDON: Bruno Fernandes hopes new manager Ruben Amorim can “change the energy” at struggling Manchester United after the Portuguese coach checked in at the Premier League club. Amorim arrived… Read More