Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tak wujud Posted on 15/01/2025 Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, JSJK IPK Selangor telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes-kes penipuan ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. PETALING JAYA: Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya rugi lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan di laman media sosial. Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 61 tahun itu tertarik dengan iklan di Facebook itu lalu menelefon suspek, yang kemudian menghantar satu pautan laman sesawang kepada mangsa untuk tujuan pelaburan. “Selepas itu, mangsa membuat 15 kali pindahan wang dalam talian berjumlah RM1,630,000 ke dalam enam akaun bank yang berbeza bagi tujuan membeli mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditukarkan kepada mata wang kripto. “Pengadu tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan setelah membuat pemindahan wang secara berperingkat bermula 18 Okt hingga 31 Dis 2024, sebelum membuat laporan polis di Ampang Jaya semalam,” katanya, lapor Bernama. Sementara itu, dalam kes berasingan, Hussein berkata, seorang pesara syarikat swasta turut rugi RM997,105.50 setelah diperdaya oleh sindiket penipuan telefon (phone scam) yang memaklumkan bahawa mangsa mempunyai kesalahan jenayah. Beliau berkata, mangsa berusia 62 tahun itu diperdaya kononnya dia menyalahgunakan produk penjagaan kulit, mempunyai waran tangkap berkaitan kes dadah serta terlibat dalam kes pengubahan wang haram. Katanya, suspek kemudian meminta mangsa membuat pembayaran bagi mengelak waran tangkap dikeluarkan terhadapnya. “… mangsa membuat dua kali pindahan wang secara dalam talian ke dua akaun bank berbeza,” katanya. Selain itu, katanya, mangsa diminta memuat naik gambar bahagian depan dan belakang kad ATM miliknya. Susulan itu, mangsa mendapati wang dalam akaunnya berkurangan. Hussein berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPK Selangor telah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. News
Azerbaijani plane may have collided with birds before crashing Posted on 26/12/2024 Authorities in Kazakhstan said a government commission had been set up to investigate what had happened. (AP pic) ASTANA: An Embraer passenger jet flying from Azerbaijan to Russia crashed near the city of Aktau in Kazakhstan today with 62 passengers and five crew on board, Kazakh authorities announced, saying 32… Read More
Tabung Haji: Haj appeal applications for 1446H/2025M now open until Jan 31 Posted on 20/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 19 — The Pilgrims Fund Board (Tabung Haji-TH) has officially opened the application process for appeals to perform the Haj pilgrimage for the 1446H/2025M season through the THiJARI app and website effective today until January 31. TH Haj Department head Mohd Hisham Harun said the early opening… Read More
Murder charge for man who beat ‘overbearing’ aunt to death in Ipoh Posted on 15/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 15 — Lee Hao Yi, 21, was charged at the magistrates court in Ipoh today with the murder of his aunt, whom he allegedly beat to death with his fists. According to The Star, the jobless Lee nodded when the charge under Section 302 of the Penal… Read More