Penjawat awam disyaki terima habuan RM50,000 direman Posted on 06/01/2025 Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid tidak menolak beberapa tangkapan susulan bagi bantu siasatan. KUALA TERENGGANU: Penjawat awam disyaki menerima rasuah hampir RM50,000 sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti awam di negeri ini direman lima hari. Perintah reman hingga 10 Jan terhadap lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu. “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar 2023 dan 2024 dengan menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik isterinya. “Suspek telah ditangkap bersama isterinya semalam, tetapi isterinya dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya sambil memaklumkan keseluruhan projek yang terlibat bernilai kira-kira RM500,000. Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan. News
Next stop, the UK: PM Anwar set for five-day trip Posted on 14/01/2025 LONDON, Jan 14 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will undertake a five-day working visit to the United Kingdom (UK), Malaysia’s third largest trading partner in Europe. Malaysian High Commissioner to the UK and Northern Ireland Datuk Zakri Jaafar said Anwar’s visit is at the invitation of his counterpart,… Read More
GRS confident MACC will fairly investigate corruption allegations, says Masidi Posted on 10/01/2025 KOTA KINABALU, Jan 9 — Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secretary-general Datuk Seri Masidi Manjun expressed his full confidence in the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigating corruption allegations involving assemblymen from the coalition, including himself. He made this statement in response to remarks by Parti Warisan (Warisan) vice president Terrence Siambun,… Read More
M’sian investments to create 30,000 jobs in UK Posted on 17/01/2025 Prime Minister Anwar Ibrahim with his British counterpart, Keir Starmer, outside 10, Downing Street in London. (X pic) PETALING JAYA: Investments from Malaysian businesses are expected to create 30,000 jobs in the UK, says British prime minister Keir Starmer. Starmer, who became the UK’s prime minister in July last year,… Read More