Penjawat awam rugi RM148,000 ditipu pelaburan saham tak wujud Posted on 05/12/2024 Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata akaun mangsa dibekukan selepas mengeluarkan sedikit keuntungan dan dikenakan penalti RM25,000 jika mahu membuat pengeluaran lagi. KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM148,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan menerusi satu aplikasi WhatsApp pada bulan September lepas. Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata ia bermula apabila lelaki berumur 46 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu itu menyertai satu pelaburan saham dengan memuat naik satu aplikasi khusus untuk rekod pelaburan. Beliau berkata lelaki itu bagaimanapun tidak pernah berjumpa dengan mana-mana individu atau pergi ke pejabat pelaburan berkenaan, atau menerima sebarang dokumen berkaitan pelaburannya itu, dan hanya diminta memuat naik satu aplikasi pada 16 Sept lepas. Azli berkata penjawat awam itu telah membuat 28 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM138,000 untuk bayaran modal antara 19 Sept dan 24 Okt lepas, ke tiga akaun bank berbeza seperti yang diarahkan oleh individu dalam kumpulan WhatsApp pelaburan berkenaan. “Berdasarkan maklumat di aplikasi berkenaan, lelaki itu mendapati dia telah mengumpul keuntungan pelaburan RM133,253 dan berjaya membuat sedikit pengeluaran, namun selepas itu akaunnya dibekukan dan dia dikenakan penalti RM25,000 jika ingin mengeluarkan wang keuntungan saham,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata lelaki itu membayar penalti RM10,000 kononnya untuk mengeluarkan baki wang keuntungan pelaburan, namun apabila suspek meningkatkan nilai penalti, dia mulai berasa tertipu, dan membuat laporan polis petang semalam. “Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. News
Taman Danau Desa mum admits to locking toddler son in cage for seven hours so she could work, gets 14 days’ jail, RM10,000 fine, 240 hours community service Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — A 20-year-old mother was sentenced to 14 days in prison and fined RM10,000 after pleading guilty to physically abusing her three-year-old son in Taman Danau Desa here. She was also ordered to perform 240 hours of community service, Harian Metro reported this afternoon. The mother,… Read More
Kerani kedai emas untung RM12,100 sebelum rugi RM2.65 juta Posted on 01/12/2024 Ketua Polis Johor, M Kumar menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya tawaran pelaburan dalam talian dan media sosial yang menjanjikan pulangan tinggi. PETALING JAYA: Seorang kerani kedai emas kerugian RM2.65 juta akibat terpedaya pelaburan atas talian yang menjanjikan pulangan sehingga 9%. Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata wanita 49 tahun… Read More
Transport minister: 11 monorail stations in KL to get RM16.81m upgrade; lift, escalator repairs set for April completion Posted on 26/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 26 — The government has allocated RM16.81 million for the phased upgrade of all 11 monorail stations in Kuala Lumpur to enhance the safety and comfort of passengers. Transport Minister Anthony Loke said the allocation for Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) includes RM6.81 million to install Automatic Platform… Read More