Penolong kanan didakwa amang seksual murid Posted on 12/12/2024 Guru penolong kanan kokurikulum, Teh Chau Teik, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid. PETALING JAYA: Seorang guru penolong kanan kokurikulum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid pada September lalu. Bagaimanapun tertuduh, Teh Chau Teik, 37, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason, menurut Berita Harian. Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu ke atas murid perempuan berusia 12 tahun bagi maksud seksual dengan memeluk dari belakang dan mencium mulut mangsa. Kesalahan didakwa dilakukan dalam sebuah kelas di sekolah rendah di Bandar Baru Sri Klebang, dekat Chemor, di sini pada 6.40 pagi, 11 September lalu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara didakwa melakukan perbuatan sama ke atas mangsa sama dalam sebuah lagi kelas di sekolah sama pada 6.40 pagi, 26 September lalu. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Pertuduhan turut dibaca bersama Seksyen 16 akta sama memperuntukkan hukuman tambahan penjara lima tahun dan tidak kurang dua sebatan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah menawarkan jaminan tidak kurang RM50,000 kepada tertuduh serta syarat tambahan difikirkan wajar oleh mahkamah. Bagaimanapun, peguam, S Teeban Kummar yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya berpendapatan bulanan RM7,000 dan perlu menanggung ibu dan tiga adiknya termasuk seorang cacat mental. Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 17 Jan tahun depan untuk serahan dokumen. News
UK’s Starmer pledges to reduce immigration with points-based reform Posted on 29/11/2024 Prime minister Keir Starmer addresses a press conference on migration at 10 Downing Street, London. (AP pic) LONDON: Prime minister Keir Starmer vowed on Thursday to reduce the number of migrants coming to Britain, saying he would produce a plan for reform of the points-based immigration system that would put… Read More
Pesawat AirAsia Tawau-KL patah balik akibat masalah enjin Posted on 08/12/2024 Juruterbang pesawat AirAsia bagi penerbangan AK 5741 meminta untuk kembali ke lapangan terbang disebabkan masalah enjin. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Pesawat AirAsia penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur berpatah balik selepas hampir sejam berlepas dari Lapangan Terbang Tawau. Difahamkan, pesawat membawa 170 penumpang terpaksa berpatah balik disebabkan mengalami masalah enjin. Pengurus… Read More
India’s toxic smog shrouds Taj Mahal, delays flights Posted on 14/11/2024 Delhi’s minimum temperature fell to 16.1°C today from 17°C yesterday. (AP pic) NEW DELHI: Toxic smog obscured India’s famed monument to love, the Taj Mahal, as well as Sikhism’s holiest shrine, the Golden Temple in Amritsar, and delayed flights today, becoming too thick to see through in several places. The… Read More