Perarakan Harmoni rai kepelbagaian negara dianjur bulan depan Posted on 16/01/2025 Perarakan Harmoni anjuran Kementerian Perpaduan Negara bulan depan diharapkan dapat memberi impak yang menyeluruh dan ketara kepada masyarakat, kata Aaron Ago Dagang. KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata, program itu akan diadakan pada sebelah malam di Dataran Merdeka bersempena Hari Wilayah Persekutuan dan Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia. “Saya harap program ini akan memberi impak yang menyeluruh dan ketara kepada (masyarakat) dan kita akan melibatkan pelbagai agensi serta (penganut) pelbagai agama dalam perarakan ini,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV. Aaron berkata, program itu merupakan inisiatif bawah Ikhtiar Kedua yang akan menjadi asas hala tuju kementerian tersebut tahun ini, iaitu Inisiatif Harmoni Madani, selain Ekosistem Perpaduan, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya. Menurutnya, perincian lanjut berhubung perarakan itu akan dimaklumkan kemudian. Sementara itu, mengulas mengenai kebakaran tengah hari tadi yang memusnahkan Rumah Panjang Paulus Yan, Sungai Buan, Kanowit, Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, beliau akan turun padang esok untuk melawat dan membantu penghuni rumah panjang tersebut. Beliau yang turut bersimpati atas insiden melibatkan sekurang-kurangnya 88 penghuni itu berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan sewajarnya melalui Yayasan Sukarelawan Siswa dan Pejabat Ahli Parlimen Kanowit kepada penduduk terjejas. Terdahulu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata, kesemua penghuni rumah panjang 15 pintu di Jalan Nibong Tada itu berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan. Tambahnya, punca serta jumlah kerugian sedang disiasat. News
Roma sack coach Juric after four losses in last five league games Posted on 11/11/2024 Roma’s head coach Ivan Juric (right) gives instructions during the Serie A match against Bologna at Rome’s Olympic Stadium. (AP pic) ROMA: AS Roma have sacked coach Ivan Juric, the Serie A club said on Sunday, as the Croatian became the capital side’s second coach to be fired this season…. Read More
Uni student in Perak beaten up by 3 friends Posted on 20/12/2024 Perak Tengah police chief Hafezul Helmi Hamzah said the student had received medical treatment and was reported to be in stable condition. (File pic) PETALING JAYA: Police say a student from a public university in Parit, Perak, suffered injuries after he was allegedly beaten by three friends at a hostel… Read More
Tesla’s sales drop for first time as competition hurts demand Posted on 03/01/2025 Lower prices and incentives pinched Tesla’s profit margin on vehicle sales last year. (AP pic) AUSTIN: Tesla reported its first decline in annual deliveries today, as the automaker handed over fewer-than-expected electric vehicles in the fourth quarter and incentives failed to boost demand for its aging line-up of models. Shares… Read More