Pesara rugi RM260,000 angkara ‘phone scam’ Posted on 23/11/2024 Polis mengingatkan masyarakat sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi. KUANTAN: Seorang pesara kerugian RM260,950 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan polis. Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai NSRC dan mendakwanya terlibat dengan aktiviti judi dalam talian serta pengubahan wang haram pada September lalu. Beliau berkata, panggilan kemudian disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan terdapat waran tangkap terhadapnya berikutan sejumlah RM1.18 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank pesara tersebut. “Pada 27 Okt lepas, mangsa telah diarahkan untuk memindahkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM120,000 ke dalam akaun bank miliknya serta turut diarahkan supaya Kad ATM berserta nombor pin mangsa diletakkan di lokasi yang diberikan, kononnya bagi tujuan siasatan Jabatan Audit Negara. ”Mangsa mula menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam akaun bank miliknya sebanyak RM260,950 termasuk wang simpanan Tabung Haji tersebut telah dikeluarkan suspek,” katanya dalam kenyataan. Yahaya turut menasihati orang ramai membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan sebaik menerima panggilan meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Katanya, masyarakat juga diingatkan sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi. News
Sarawak’s PRS still reeling from James Masing’s death, says analyst Posted on 22/11/2024 The late James Jemut Masing was PRS’s founding president and a Sarawak deputy chief minister, and had served as the Baleh assemblyman from 1983 until his death. (Bernama pic) PETALING JAYA: Parti Rakyat Sarawak (PRS), a component of the ruling Gabungan Parti Sarawak coalition, is still reeling from the death… Read More
Anger, pain in Turkey as ‘newborn deaths gang’ trial opens Posted on 19/11/2024 Activists chant slogans during a protest outside the courthouse in Istanbul where dozens of Turkish healthcare workers including doctors and nurses go on trial for fraud and causing the deaths of 10 infants. (AP pic) ISTANBUL: Dozens of suspects went on trial in Istanbul Monday over the deaths of at… Read More
KKM tanggung RM150,000 rawat 1 pesakit Evali, kata Dzulkefly Posted on 14/11/2024 Kerajaan dijangka menanggung RM369 juta setahun menjelang 2030 bagi merawat penyakit berkaitan paru-paru disebabkan penggunaan rokok elektronik atau vape. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran kos rawatan penyakit berkaitan ‘E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’ (Evali) dijangka melonjak RM369 juta setahun menjelang 2030. Menterinya, Dzulkefly Ahmad… Read More