PM umum peruntukan RM50 juta sokong Penang Silicon Design Posted on 07/12/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz pada pelancaran GBS TechSpace di Bayan Lepas hari ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi Penang Silicon Design @5km+ yang bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan industri reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu. Anwar yang juga menteri kewangan membuat pengumuman itu pada pelancaran GBS TechSpace sebagai Pusat Penyelidikan dan Inkubasi Silikon, komponen utama inisiatif itu, di sebuah hotel di Bayan Lepas hari ini, lapor Bernama. Pada acara itu juga, memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara InvestPenang, rakan kongsi strategik dan penerima insentif Penang Silicon Design @5km+, serta pelabur baharu untuk inisiatif itu diumumkan. Antara matlamat lain inisiatif ini termasuk meletakkan Pulau Pinang sebagai hab global terkemuka untuk reka bentuk IC, justeru mengukuhkan peranan Malaysia dalam ekosistem IC. Selain itu, ia bertujuan memupuk persekitaran yang dinamik dan kondusif dengan prasarana yang teguh, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi serta menarik pelaburan langsung asing. Penang Silicon Design @5km+ terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu Taman Reka Bentuk IC dan Digital, Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang dan Pusat Penyelidikan dan Inkubasi Silikon. Menurut InvestPenang, skim insentif telah diperkenalkan untuk menarik syarikat reka bentuk IC untuk membangun dan mengembangkan operasi mereka di Pulau Pinang, menawarkan subsidi sehingga RM2 juta setiap tahun selama tiga tahun kepada firma reka bentuk IC tempatan dan asing yang layak. Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebelum ini berkata, inisiatif itu diunjurkan menarik pelaburan bernilai RM120 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan kerajaan negeri memperuntukkan RM60 juta untuk menyokong program itu. Pada masa ini, 28 syarikat tempatan dan asing dalam sektor reka bentuk IC beroperasi di Pulau Pinang. News
Romanian leftists win parliamentary election amid uncertainty over presidency Posted on 02/12/2024 If the court approves the result, Calin Georgescu (pictured) will face Elena Lasconi in a run-off vote on Dec 8. (AP pic) BUCHAREST: Romanian centrist and leftist parties looked to have fended off a surge by the nationalist right in Sunday’s parliamentary election, as attention turned to a top court… Read More
Health minister vows thorough probe on MO’s alleged assault on Perak doctor Posted on 07/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 7 — Allegations that a doctor was assaulted by a medical assistant at a hospital in Perak will be exhaustively investigated, said Health Minister Datuk Seri Dzulkefly Ahmad. According to state news agency Bernama, Dzulkefly said his ministry would decide on the necessary action once the police… Read More
Azam: MACC probing FashionValet founders’ assets and use of Khazanah and PNB investment funds Posted on 09/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 8 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is currently looking into identifying assets, ownership and financial sources obtained by the founders of e-commerce platform FashionValet Sdn Bhd (FashionValet). Its chief commissioner, Tan Sri Azam Baki said the commission’s investigation will also focus on the way investment funds… Read More