PN beri tawaran lebih baik, bukan ‘angan-angan kosong’ tawan Pahang Posted on 19/11/2024 Aireroshairi Roslan yakin PN mampu rampas Pahang pada PRU akan datang. PETALING JAYA: Keyakinan Perikatan Nasional (PN) Pahang menawan Pahang bukan ‘angan-angan kosong’ tetapi berdasarkan kemampuan gabungan itu memberi tawaran lebih baik kepada rakyat, kata Ketua Penerangannya PN Aireroshairi Roslan. Aireroshairi berkata pentadbiran Pahang ketika ini juga mempunyai banyak kelemahan walaupun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mendakwa prestasi Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sangat baik. Beliau turut mempersoalkan kenyataan ‘terbukti nasib rakyat susah terbela’ dibawah pentadbiran PH-BN Pahang kerana mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2022, kadar kemiskinan di negeri masih mencecah 4.4% berbanding 3.8% purata nasional. “…ini bermakna lebih 74,000 rakyat Pahang masih hidup dalam kemiskinan di bawah pentadbiran ‘cemerlang’ ini. “Soal saya di manakah pembelaan yang didakwa apabila projek perumahan rakyat seperti Rumah Mampu Milik Pahang masih tersekat-sekat dan tertunggak sekian lamanya,” katanya kepada FMT. Aireroshairi mengulas kenyataan pemimpin PH dan BN Pahang bahawa kerajaan perpaduan di negeri itu sudah terbukti, dengan pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat sekali gus menoktahkan ‘angan-angan’ PN menawan negeri itu pada PRU16. Aireroshairi turut mempersoalkan dakwaan ‘prestasi terbaik’ Wan Rosdy apabila kedudukan pelaburan negeri merosot ke tangga ke-8 berbanding negeri lain, isu pencemaran di Cameron Highlands yang masih berlarutan, pembalakan tidak terkawal. “Inilah pentadbiran terbaik yang dimaksudkan?, soalnya. Beliau yang juga ketua penerangan PAS Pahang juga menolak dakwaan Ketua Pemuda Umno Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed bahawa PAS ‘semakin kurang menarik’ untuk ditawarkan kepada rakyat Pahang dan sering memainkan sentimen agama untuk mendapatkan sokongan politik. “Tuduhan ini adalah naratif lapuk yang sering digunakan untuk memburukkan perjuangan Islam. Di manakah sentimen agama apabila kita membangkitkan isu rasuah dan salah guna kuasa? “Apakah memperjuangkan tadbir urus yang telus dan amanah itu sentimen agama dan bila menuntut pembelaan nasib rakyat miskin dikira sebagai politik agama,” katanya yang menambah Pahang memerlukan perubahan yang membawa kesejahteraan hakiki, bukan sekadar propaganda politik. Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan PN Pahang yakin rakyat akan memberikan kemenangan kepada gabungan itu menerajui negeri pada PRU16. Ia sekali gus menjadikan Pahang negeri kelima atau ‘state government 5’ (SG5) bawah pemerintahan PN selepas Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. News
Court suggests mediation to resolve Dr M-Anwar suit Posted on 19/11/2024 Dr Mahathir Mohamad is suing over allegedly defamatory statements made by Anwar Ibrahim at a PKR congress last year. SHAH ALAM: The High Court here has suggested that a lawsuit brought by Dr Mahathir Mohamad against Anwar Ibrahim be referred to mediation for resolution. Lawyer Rafique Rashid Ali, appearing for… Read More
PM Anwar: Western media bias shows in Israel-Palestine conflict coverage (VIDEO) Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — Malaysian Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has criticised what he views as Western media bias in their coverage of the Israel-Palestine conflict, calling for a consistent global stance on human rights. In an interview with CNN’s Richard Quest recently, Anwar stressed the need for… Read More
Nadal to play singles for Spain at Davis Cup in final competition Posted on 20/11/2024 Rafael Nadal will open Spain’s Davis Cup quarter-final against the Netherlands on Tuesday in a singles match against Botic van de Zandschulp. (AP pic) MALAGA: Soon-to-retire Rafael Nadal will open Spain’s Davis Cup quarter-final against the Netherlands on Tuesday in a singles match against Botic van de Zandschulp, tournament officials… Read More