Polis minta bantuan kesan budak OKU perempuan Posted on 08/12/2024 Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12, dilaporkan hilang oleh bapanya. (Gambar PDRM) KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) penglihatan, yang tidak pulang ke rumah sejak pagi semalam. Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12, dilaporkan hilang oleh bapanya pada 7.40 malam tadi selepas menyedari anak kedua daripada lima adik beradik itu tidak pulang ke rumah, sejak 9 pagi semalam. Beliau berkata, siasatan awal mendapati Dhiya Azzahra memaklumkan kepada bapanya untuk menghadiri sambutan hari lahir di sekolah pada pagi semalam sebelum disedari tidak pulang ke rumah di Seksyen U3, Shah Alam, Selangor. “Kanak-kanak itu berketinggian 150cm, mempunyai berat 45kg, dan berkulit sawo matang. “Dia kali terakhir dilihat memakai seluar denim, baju sejuk, tudung berwarna hitam dan kasut sukan berwarna-warni,” katanya dalam kenyataan. Hafiz berkata, Dhiya Azzahra mempunyai masalah katarak pada mata kanannya semasa kecil dan telah melakukan pembedahan bagi membuang selaput. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Penolong Pegawai Penyiasat Mohd Hizam Talib menerusi talian 012-6550 262. News
China warns NZ against joining Aukus amid security concerns Posted on 27/11/2024 New Zealand previously stated it had been gathering information on future Aukus cooperation but made no commitments. (AP pic) WELLINGTON:- Chinese ambassador to New Zealand Wang Xiaolong said that if New Zealand were to join security grouping Aukus it would “inevitably” have negative consequences for the country’s relationship with China…. Read More
Sabah customs dept seizes drugs worth RM2.89mil Posted on 07/01/2025 Sabah customs assistant director-general Siti Mang said they first intercepted three packages suspected of containing drugs at a MASkargo warehouse on Nov 28. (Bernama pic) PETALING JAYA: The customs department successfully seized 98.33kg of methamphetamine and cannabis worth RM2.89 million in three separate raids in Sabah recently. Bernama reported Sabah… Read More
Debt-saddled Laos struggles to tame rampant inflation Posted on 17/11/2024 At a market in Vientiane, traders said business has never been slower, as families have seen their money’s value collapse since Covid-19. (EPA Images pic) VIENTIANE: Suffocating under a mountain of debt to China, communist Laos is struggling to tame rampant inflation, with food prices rising so sharply that a growing… Read More