Polis selesai rakam keterangan KJ Posted on 14/01/2025 Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Khairy Jamaluddin disiasat kerana mengeluarkan kenyataan fitnah dan salah guna kemudahan rangkaian. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin selesai memberi keterangan kepada polis petang tadi bagi membantu siasatan berkait komen beliau berhubung dakwaan ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak. Proses rakam keterangan berkenaan bermula jam 5.15 petang di pejabat Khairy di Damansara sebelum bekas menteri kesihatan dilihat keluar dari bangunan itu kira-kira jam 6 petang, lapor Berita Harian. “Saya memberikan keterangan kepada pihak polis berkaitan laporan-laporan polis yang telah dibuat terhadap saya. “Itu sahajalah… saya nak mengesahkan bahawa saya selesai memberi keterangan. Terima kasih kepada pihak polis dan terima kasih kepada pihak media,” katanya yang dipetik sebagai berkata. Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan dibuka selepas polis menerima dua laporan terhadap bekas pemimpin Umno itu Jumaat lalu. Katanya, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan merekodkan kenyataan Khairy petang ini, di pejabat bekas menteri itu di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara. Razarudin berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian. Jumaat lalu, seorang pembantu Azalina Othman Said membuat laporan polis terhadap bekas menteri kesihatan itu kerana mengeluarkan komen beliau ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum. Dilaporkan, Khairy menerusi audio siar ‘Keluar Sekejap’ pada Jumaat, mendakwa menteri undang-undang dan reformasi institusi itu bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraan bawah tahanan rumah. News
Asian markets mixed as Fed gears up for interest rate decision Posted on 17/12/2024 Wall Street closed mostly up, led by tech giants, driving the Nasdaq to a record high, while bitcoin surged to US$107,791. (AP pic) HONG KONG: Asian markets fluctuated Tuesday as attention turned to the Federal Reserve’s upcoming policy decision, with traders hoping for guidance on its interest rate plans as president-elect… Read More
Trade ties constrain Malaysia’s South China Sea response, says analyst Posted on 23/11/2024 Political analyst Oh Ei Sun said Malaysia should boost efforts directed toward bolstering relations with the United States. KUALA LUMPUR: Strong economic ties with China makes it difficult for Malaysia to be more active in meeting confrontations with Chinese vessels in the South China Sea, according to a think tank…. Read More
US Congress races to avert govt shutdown over Christmas Posted on 14/12/2024 US lawmakers have to agree on budgets that are subject to a 60-vote threshold in the Senate. (EPA Images pic) WASHINGTON: US lawmakers scrambled today to reach an agreement on funding federal agencies through the New Year to avert a damaging government shutdown due to begin in just seven days…. Read More