Polis tahan lelaki disyaki tikam ibu hingga mati Posted on 05/12/2024 Suspek dipercayai mencederakan mangsa menggunakan pisau, menurut polis. (Gambar fail) PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an berhubung kematian seorang wanita berusia 50an, dipercayai ibunya, di Kluang pagi tadi. Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 10.45 pagi mengenai seorang wanita tempatan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di Felda Ayer Hitam, Sri Lalang. “Terdapat kesan tikaman di belakang badan mangsa. Suspek dipercayai menggunakan pisau,” katanya, lapor Bernama. Wanita itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom. Bahrin berkata, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki di lokasi kejadian pada kira-kira 11 pagi. Ssiasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah selain ujian urin negatif, tambahnya. Suspek akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. News
Thousands of flights cancelled, delayed over US storm Posted on 11/01/2025 A Delta plane had to abort take-off on Jan 10 from Atlanta because of an engine problem. (AP pic) SAN FRANCISCO: More than 3,000 flights were cancelled on Friday and thousands more hit by delays due to a storm in the southern US, airlines and tracking website FlightAware reported. Delta… Read More
Israeli strikes leave 71 pro-Iran fighters dead in Syria’s Palmyra Posted on 21/11/2024 Palmyra was taken over and pillaged by Islamic State extremists at the height of the Syrian civil war. (AFP pic) BEIRUT: Israeli strikes killed 71 pro-Iran militants in the Syrian city of Palmyra, with more than a third of them identified as fighters from Iraq and Lebanon, a monitor said… Read More
Govt has no plans to introduce TVET for students after Year Six, says DPM Zahid Posted on 12/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 11 — The government has no plans to introduce Technical and Vocational Education and Training (TVET) programmes for students who have completed Year Six, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, who is also the Minister of Rural and Regional Development, said although… Read More