Polis tembak mati 3 suspek penjenayah di Rawang Posted on 18/01/2025 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Zain berkata semua suspek yang ditembak mati itu disyaki aktif dalam kegiatan curi kereta dan samun. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis menembak mati tiga penjenayah yang aktif dalam kegiatan curi kereta dan samun dalam kejadian berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, di Rawang tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Shuhaily Zain berkata sepasukan polis yang menjalankan Op Lejang mengesan kenderaan dinaiki suspek kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan cuba menahan mereka. Bagaimanapun, katanya, suspek enggan berhenti dan melepaskan tembakan ke arah polis dan terus melarikan diri. “Polis mengejar suspek sehingga ke Persiaran Kota Emerald sebelum berjaya menembak mati mereka di dalam kereta,” katanya dalam sidang media lapor Sinar Harian. Katanya, modus operandi suspek adalah menggunakan kereta sewa yang ditukar nombor pendaftaran kepada nombor palsu ketika melakukan kegiatan jenayah bagi mengelirukan pihak berkuasa. Shuhaily berkata, dalam kejadian hari ini suspek menggunakan modus operandi sama dengan menyewa kereta dan menukar nombor pendaftaran. “Tahun ini sahaja mereka melakukan sebanyak enam kes curi kereta. Dua suspek yang berusia 40 dan 43 tahun mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi sedang dikenal pasti,” katanya. News
GRS banyak kali tolak pelawaan Warisan untuk kerjasama, kata Shafie Posted on 05/01/2025 Rakyat Sabah perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang kerana negeri itu sudah ‘terlalu ketinggalan’, kata Presiden Warisan Shafie Apdal. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) banyak kali menolak membincangkan kerjasama dengan Warisan bagi PRN akan datang, kata Shafie Apdal. Presiden Warisan itu menjawab khabar angin… Read More
Buildings damaged, destroyed as cyclone Chido crosses Mozambique Posted on 16/12/2024 Cyclone Chido caused extensive damage in Mayotte, with reports of several fatalities. (AP pic) MAPUTO: Cyclone Chido brought strong winds and heavy rain that destroyed buildings in northern Mozambique on Sunday but appeared to lose power as it pushed inland, officials said, after the storm left a trail of death… Read More
Alor Setar’s Albukhary International University names Kiwi rugby star Sonny Bill Williams as pro-chancellor Posted on 24/11/2024 ALOR SETAR, Nov 24 — Albukhary International University (AIU) has appointed former New Zealand two-time Rugby World Cup winner Sonny Bill Williams as its inaugural Pro-Chancellor. The announcement of the Auckland-born athlete’s appointment was posted on the university’s Facebook page today. “We are proud to announce Sonny Bill Williams, a… Read More