Presiden MPM dakwa wujud elemen rasuah dalam pemilihan AJK Posted on 14/12/2024 Presiden MPM Megat D Shahriman Zaharudin mendakwa wujudnya elemen rasuah dalam pemilihan AJK badan induk itu menjelang Mesyuarat Agung Tahunan esok. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa wujudnya elemen rasuah dalam pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) badan induk itu menjelang Mesyuarat Agung Tahunan esok. Megat D Shahriman Zaharudin berkata, laporan tersebut bagi membolehkan SPRM menyiasat dua individu berpengaruh dalam bidang sukan negara yang didakwa menimbulkan amalan tidak sihat selain melanggar tataetika pemilihan AJK badan itu. “Saya membuat aduan kepada SPRM untuk membuka kertas siasatan terhadap dua individu tersebut bagi melindungi kepentingan, kedaulatan dan kesucian MPM daripada unsur-unsur rasuah, perkara-perkara negatif atau tidak sihat yang boleh memberi risiko kepada badan induk sukan para negara. “Ini juga untuk memastikan ahli gabungan tidak bergelumang atau tidak terbabit dengan jenayah rasuah kerana setiap persatuan sukan kebangsaan adalah entiti awam,” katanya yang berharap SPRM dapat menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut. Sementara itu, salah seorang individu terbabit menafikan dirinya terlibat dalam kegiatan rasuah seperti didakwa dan bersedia disiasat oleh SPRM. “Saya terbuka sekiranya SPRM membuka kertas siasatan tetapi sekiranya siasatan tidak mempunyai sabitan apa-apa terhadap saya, saya akan lakukan tindakan yang sama mendakwa beliau memburuk-burukkan saya secara terbuka seperti ini. “Saya yakin SPRM lebih mengetahui dakwaan-dakwaan seperti ini,” katanya yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam Majlis Sukan Negara. News
Veteran journalist Rosnah Majid, Malaysia’s first Kajai Award recipient, dies at 71 Posted on 10/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 10 — Veteran journalist and former politician Datuk Rosnah Abd Majid, 71, passed away at her sister’s residence in Teluk Bahang, Penang, at 9.30 this morning. Her passing was confirmed by her sister, Mariam Abd Majid, when contacted by Bernama, today. “It was known that she had… Read More
Banjir: Mangsa 4 negeri bertambah, Johor pulih Posted on 29/11/2024 Anggota Bomba membawa keluar keluarga yang terperangkap selepas kediaman dinaiki air di Kota Bharu. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini, manakala banjir di Johor pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir negeri itu, ditutup petang tadi. Jumlah… Read More
Indonesia, Beijing yet to agree South China Sea development areas, says minister Posted on 02/12/2024 Indonesia’s foreign minister Sugiono said Jakarta still does not recognise the Chinese claim and would make decisions in its national interests. (EPA Images pic) JAKARTA: Indonesia has yet to decide on any joint development areas with China in the South China Sea, foreign minister Sugiono said on Monday, seeking to… Read More