PRN Sabah: GRS komited kerjasama PH, telah maklum hasrat kepada Anwar, kata Hajiji Posted on 15/12/2024 Hajiji Noor berkata beliau telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim komitmen kerjasama dengan PH pada PRN. PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengulangi keutamaannya untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRN, kata Pengerusinya Hajiji Noor. Hajiji turut menjelaskan kerjasama dengan parti lain pula bergantung situasi semasa serta penerimaan mereka, lapor Berita Harian. Beliau yang juga ketua menteri Sabah berkata beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku pengerusi PH. “Yang lain itu, kita tengok, kalau fikiran mereka bagus, tidak gila, kita akan fikirkan sebab kita ini mahukan kebaikan, saya jadi ketua menteri dan yang saya mahu adalah perpaduan,” katanya yang juga presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Hajiji juga mendedahkan telah memberitahu Pengerusi BN Zahid Hamidi berhubung kedudukan GRS dan peluang gabungan itu untuk memenangi PRN. Hajiji sebelum ini menyatakan kesediaan GRS bekerjasama dengan PH Sabah bagi meneruskan kerjasama yang terjalin dengan pakatan itu dalam kerajaan negeri ketika ini. PH Sabah menjadi sebahagian pentadbiran Sabah tujuh Adunnya menyatakan sokongan kepada Hajiji dan kerajaan pimpinannya ketika kemelut politik Sabah pada Januari tahun lalu. Bulan lalu, Zahid turut menyatakan komitmen kerjasama BN-PH pada PRN Sabah, sambil memberikan jaminan tiada pertindihan kerusi melibatkan kedua-dua gabungan itu, dengan penggunaan logo mengikut parti masing-masing. PRN Sabah akan diadakan susulan penggal pemerintahan kerajaan negeri kini bakal tamat pada Oktober tahun depan. News
Malaysia Airlines flight diverted to Vietnam after technical issue Posted on 24/11/2024 Malaysia Airlines flight MH79 with 147 passengers and seven crew members was diverted to Ho Chi Minh City while en route from Hong Kong to Kuala Lumpur, this morning. (Malaysia Aviation Group pic) PETALING JAYA: A Malaysia Airlines flight from Hong Kong to Kuala Lumpur was diverted to Ho Chi… Read More
MCMC issues new guidelines on info, network security Posted on 08/12/2024 PUTRAJAYA, Dec 8 — The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has introduced the Guidelines on Information and Network Security for the Communications and Multimedia Industry (INSG) to enhance the information and network security and resiliency of the communications and multimedia industry in the country. In a statement today, MCMC… Read More
Oil supply to rise in 2025 despite Opec cuts, says IEA Posted on 12/12/2024 The International Energy Agency said that as the year ends, oil markets appear relatively calm, with crude oil trading between US$70 and US$75 per barrel. (File pic) PARIS: Oil supply is set to outpace global demand next year even as Opec+ members extended cuts in efforts to prop up prices,… Read More