Sabah Mineral dakwa bekas CEO langgar kewajipan, fraud Posted on 18/11/2024 By udot Sabah Mineral Management berkata Jontih Enggihon didakwa melakukan salah laku hasil dapatan siasatan dalaman. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd mendakwa bekas ketua pegawai eksekutif, Jontih Enggihon, melanggar kewajipan fidusiari, fraud, dan salah laku, dengan laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, berkata kesalahan Jontih yang didakwa itu dikenal pasti susulan siasatan menyeluruh terhadap hal ehwalnya ketika memegang jawatan tersebut. Dalam kenyataan, beliau mendakwa ia termasuk pelanggaran kewajipan fidusiari, aktiviti fraud, salah nyata kepada Lembaga Pengarah SMM, dan salah laku. “Siasatan berkenaan mengenal pasti beberapa dapatan di mana Jontih bertindak melampaui bidang kuasanya dengan tindakan bertujuan untuk memanfaatkan entiti berpotensi cetus konflik kepentingan, bersekongkol dengan pihak ketiga mewakili kartel berkepentingan. Natasha Sim. “Tindakan sedemikian dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga pengarah, yang merupakan pelanggaran serius terhadap dasar syarikat dan piawaian tadbir urus,” katanya. Sim berkata, syarikat milik kerajaan negeri itu telah mengadakan pertemuan dengan barisan peguam bagi meneliti pemfailan saman sivil terhadap Jontih ke atas sebarang kerugian kewangan atau kerosakan reputasi dialami firma terbabit. Beliau menegaskan, SMM kekal komited menjunjung tadbir urus baik, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam operasinya, termasuk mempertahankan kepentingan rakyat Sabah serta pemegang taruh. “Pihak syarikat tidak akan bertolak ansur ke atas sebarang bentuk salah laku yang menjejaskan integriti operasinya. SMM bekerjasama penuh dengan SPRM dan polis dalam siasatan mereka.” Katanya, SMM mengeluarkan kenyataan bagi memberi maklum kepada pemegang taruh berkait tindakannya dan sebagai paparan komitmen terhadap pengurusan bertanggungjawab. Laporan polis dan SPRM telah dibuat ke atas Jontih yang mendakwa dirinya berpakat dengan pemberi maklumat yang dikatakan itu, di sebalik pendedahan video mendakwa pembabitan beberapa Adun Sabah dengan rasuah. Semalam, Jontih menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa beliau tidak bertindak sebagai ‘orang tengah’ antara pemberi maklumat dikatakan itu dengan Adun terbabit, sambil menyatakan ‘itu penipuan sepenuhnya’. Beliau mendakwa mempunyai bukti menyokong tuduhannya bahawa Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa, dan mengatakan menyimpan pesanan teks daripada Hajiji, nota penerangan bercetak, dan minit mesyuarat Lembaga Pengarah SMM. Setakat ini, SPRM telah memanggil lima Adun bagi rakaman percakapan. Sebelum ini, Hajiji berkata sedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM, sambil menyatakan tiada apa hendak disembunyikan, namun turut menggesa individu yang merasuah Adun juga disiasat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga berkata pemberi maklumat tidak boleh dilindungi jika individu itu terlibat rasuah. News
Revolution over but more protests than ever in Bangladesh Posted on 16/11/2024 Students from anti-discrimination movements and Bangladesh Nationalist Party activists attack an Awami League supporter in Dhaka. (AP pic) DHAKA: The solo protest of Bangladeshi hunger striker Mahbubul Haque Shipon is hard to spot among the six other demonstrations under way on the same busy thoroughfare. Shipon’s country is emerging from… Read More
Vinicius hattrick helps Real Madrid crush Osasuna Posted on 10/11/2024 Real Madrid’s Vinicius Junior celebrates after completing his hattrick in the win over Osasuna today. (AP pic) MADRID: Hammered by Barcelona in a league Clasico and then outplayed by AC Milan in the Champions League, Carlo Ancelotti’s side badly needed this confidence-boosting victory. The Spanish and European champions thrashed Osasuna… Read More
DPM Fadillah says decision on extra parliamentary seats for Sabah, Sarawak won’t be in time for GE16 Posted on 10/11/2024 KUCHING, Nov 10 — The implementation of additional parliamentary seats in Sabah and Sarawak will only be finalised after the 16th General Election (GE16), said Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof. He said this is because several legal aspects need to be reviewed before the necessary amendments can be… Read More