Sambutan hari lahir serentak jadi kenangan akhir, kata adik mangsa Posted on 24/12/2024 Nur Aqilah Mazupi berkata abangnya yang juga pemandu MPV Khairul Ikhwan ke Melaka untuk sambutan hari keluarga sebelah isterinya. (Gambar Bernama) MELAKA: Sambutan ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak saudaranya yang diraikan serentak bulan lalu menjadi kenangan terakhir buat keluarga mangsa kemalangan tragis di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi. Nur Aqilah Mazupi, 30, berkata sambutan itu julung kali diadakan serentak di rumah nenek mereka di Bangi, Selangor kerana tidak mahu ketiga-tiga anak saudaranya yang lahir pada bulan berbeza merajuk. Nur Aqilah merupakan adik kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, Khairul Ikhwan, 32, yang maut bersama isterinya, Fadzlenna Ramli, 32, dan anak mereka berusia dua tahun, Muhammad Umar dalam nahas lima kenderaan. “Mereka lahir pada Februari dan Disember, tapi sebab tak mahu ada yang merajuk, sambutan dibuat serentak dan itu kali pertama dibuat. Sambutan diadakan di rumah nenek mereka di Bangi dan saya pula kali terakhir berjumpa arwah pada Sabtu lepas (21 Dis) ketika mereka sekeluarga singgah di Seremban, sebelum ke Melaka. “Paling saya tak boleh lupa, Muhammad Umar bersungguh-sungguh melambai kepada kami ketika kereta bergerak sehinggalah hilang daripada pandangan,” katanya di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini. Beliau berkata, abangnya yang juga anak kedua daripada lima beradik ke Melaka untuk sambutan hari keluarga sebelah Fadzlenna. “Saya tahu kemalangan ini selepas tengok berita. Apabila dilaporkan ada kemalangan membabitkan Toyota Estima, saya hubungi polis untuk pengesahan nombor plat kereta dan terus ke sini.” Dalam kejadian 8.45 malam Isnin, Khairul Ikhwan dan Fadzlenna masing-masing bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Serdang, maut di tempat kejadian bersama anak bongsu mereka serta Ramli Ab Wahab, 66, yang juga bapa Fadzlenna. Turut dikenal pasti terkorban ialah pemandu bas persiaran, Noorisnien Khamid, 56. Dua lagi mangsa yang maut di tempat kejadian masing-masing seorang penumpang MPV dan bas persiaran belum dikenal pasti. Anak sulung pasangan itu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang cedera parah kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala anak kedua, Nur Sofea Humaira, 4, dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di zon kuning. Tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran membawa 27 penumpang, sebuah lori dan treler, sebuah kereta dan MPV malam tadi. Siasatan awal mendapati bas persiaran itu terlanggar tayar lori tercabut di lorong tengah dan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung tiga kenderaan. News
Verstappen captures ninth win of season in Qatar Posted on 02/12/2024 Red Bull’s Max Verstappen (left) and Ferrari’s Charles Leclerc celebrate after finishing first and second in the Qatar GP at Lusail International Circuit. (AP pic) DOHA: Max Verstappen won his ninth race of the season on Sunday at the Qatar Grand Prix, which was marked by a key penalty and… Read More
Form Five student on bike killed in head-on crash with car in Melaka Posted on 26/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 26 –– A Form Five student from Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek in Melaka was killed after the motorcycle he was riding collided with a car on Jalan Tambak Paya-Ayer Molek last night. In the incident, which occurred around 9pm, the victim, Muhammad Faiz Amran, 17, who… Read More
All paid their own way on PM Anwar’s foreign trips, Fahmi clarifies Posted on 22/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 22 — Private companies did not pay for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent travels abroad, Communications Minister Fahmi Fadzil said today. He said the government still covered the cost for Anwar’s delegation while corporate executives who travelled along paid for their own portion of the total… Read More