Sarawak antara negeri tertinggi terima guru baharu, kata Fadhlina Posted on 12/12/2024 Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pengisian guru juga berjaya ditingkatkan kepada 98.6% selepas urusan Pengambilan Khas Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selesai semalam. KUALA LUMPUR: Sarawak merupakan antara yang negeri tertinggi menerima guru baharu iaitu sebanyak 1,697 daripada 13,748 lantikan tetap sehingga November lalu, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau berkata pengisian guru juga telah berjaya ditingkatkan kepada 98.6% selepas urusan Pengambilan Khas Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selesai semalam. SPP mengumumkan keputusan temu duga Urusan Pengambilan Guru tahun 2024 (pasaran terbuka) dan Pengambilan Khas Sarawak semalam dan seramai 7,645 calon berjaya ditawarkan pelantikan oleh SPP. “Dalam kedua-dua urusan pengambilan ini di mana seramai 1,372 calon adalah bagi penempatan di Sarawak,” katanya semasa waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat. Beliau menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (PH-Miri) yang meminta menteri pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak yang berlarutan sejak sekian lama. Chiew juga meminta Fadhlina untuk menyatakan perkembangan terkini berhubung usaha-usaha yang sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu ini. Dalam pada itu, Fadhlina berkata atas usaha tersebut, KPM berjaya mengurangkan bilangan kekosongan guru di Sarawak sehingga 837 orang guru. Beliau berkata KPM akan berusaha untuk memastikan kekosongan guru ini dapat diatasi dari semasa ke semasa. “Pada masa yang sama, keutamaan akan diberikan kepada guru kelahiran Sarawak untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen,” katanya. News
Cops arrest guard in fake job offer case using Fadillah’s name Posted on 17/11/2024 Inspector-General of Police Razarudin Husain said the case is being investigated for cheating and attempting to commit an offence. PETALING JAYA: A security guard has been arrested on suspicion of using the name of deputy prime minister (DPM) Fadillah Yusof in a fake job offer case. He was arrested at… Read More
Gaza Hamas ministry says over 20 killed in aid-looter operation Posted on 19/11/2024 Only 11 of the World Food Programme’s 109 trucks reached the warehouse via Kerem Shalom near the Egyptian border. (EPA Images pic) GAZA: Gaza’s Hamas-run interior ministry said Monday at least 20 people were killed in an operation targeting “gangs” that looted trucks bringing aid into the war-torn territory threatened with… Read More
Manjung police chief refutes viral misinformation claim of dog carcass disposal site Posted on 11/11/2024 IPOH, Nov 10 — Police have confirmed that a claim made by a social media user through a viral video of an animal carcass disposal site in Manjung, Lumut, is false. Manjung district police chief ACP Hasbullah Abd Rahman said that the authorities received a report from a local government… Read More