Saya hanya seloroh, kata Adun Sabah terpalit skandal rasuah Posted on 16/11/2024 Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari berkata perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari menjelaskan perbualannya dalam video tular dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah dibuat secara berseloroh. Arsad berkata, rakaman itu disunting dan disebar dengan niat jahat namun beliau sudah menyedari ada niat tidak baik ketika dikunjungi individu yang berbual dengannya. “Saya ingin menjelaskan bahawa perbualan saya dalam rakaman yang disunting dan disebar dengan niat jahat itu dilakukan secara berseloroh dan bukan dalam konteks serius. “Saya mengesyaki individu yang bertemu dengan saya mempunyai niat yang tidak jelas dan atas tanggapan itu saya berbual secara sarkastik dan tidak formal. “Tidak wajar untuk merumuskan bahawa perbualan itu adalah pengakuan atau tindakan yang bersifat melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro. Pendedahan klip video memaparkan Arsad sedang berbual mengenai projek dengan individu yang merakam video itu adalah yang ketiga tersebar selepas video menunjukkan Adun Kemabong Rubin Balang dan klip audio dikaitkan dengan suara Adun Sindumin Yusof Yacob. Rakaman itu didakwa diserahkan pemberi maklumat sebelum disebarkan melalui portal berita. Arsad berkata, perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan untuk memberi gambaran negatif terhadap dirinya. “Tuduhan bahawa saya menerima komisen atau ‘jolok’ adalah satu fitnah yang tidak berasas dan direka untuk merosakkan reputasi saya di mata masyarakat. “Saya juga ingin memperjelas bahawa saya menghormati kedudukan serta budi bicara Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun dan Ketua Menteri Hajiji Noor. “Tuduhan bahawa saya menyalahkan mereka atau menyatakan projek saya ‘dihalang’ adalah tidak benar dan sengaja diputar-belit termasuk dakwaan pembabitan Adun Kawang, Pantai Dalit, Tanjung Batu dan Labuk dalam perbualan itu. “Saya hanya merujuk kepada cabaran dalam melaksanakan projek besar di Sabah, di mana proses kelulusan membabitkan banyak pihak dan tahap prosedur yang tinggi,” katanya. Beliau sedia dan komited bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain jika diperlukan. News
Floods in Kelantan, Terengganu expected to be worse than 2014 disaster, says DPM Zahid Posted on 28/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 28 –– The floods currently affecting Kelantan and Terengganu are expected to be worse than the 2014 disaster. Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said this projection was based on forecasts from Malaysia’s Meteorological Department (MetMalaysia), according to a report published in Sinar Harian today…. Read More
Lucky escape as senior citizen unhurt from pickup truck blaze on Pan Borneo Highway near Bintulu Posted on 22/11/2024 SIBU, Nov 22 — A 66-year-old man was lucky to escape after the pickup truck he was driving caught fire at Mile 28 of the Bintulu-Miri Pan Borneo Highway stretch today. The Sarawak Fire and Rescue Department (Bomba) said a team from the Bintulu fire station was assigned to the… Read More
New Khazanah Research Institute report calls for equitable and proactive climate action to tackle long-term risks in Malaysia Posted on 22/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 22 — The Khazanah Research Institute (KRI) has highlighted the urgent need for Malaysia to enhance its climate policy to confront mounting climate challenges effectively. In its report titled ‘What Is To Be Done? Confronting Climate Crisis in Malaysia’, KRI outlines critical gaps in the nation’s approach… Read More