Sekatan jalan raya menuju Putrajaya esok Posted on 05/01/2025 Seramai 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan membuat kawalan keselamatan di Istana Kehakiman dan kawasan sekitarnya, esok. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Beberapa sekatan jalan raya akan dilakukan di jalan masuk ke Putrajaya susulan larangan himpunan solidariti Najib Razak, di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok. Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada. “Polis juga akan mendirikan beberapa sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke Putrajaya dan akan membuat pemeriksaan ketat ke atas semua orang yang akan memasuki kawasan Putrajaya esok. “Langkah ini adalah bagi memastikan tiada apa-apa senjata, sepanduk dan ‘banner’ yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik serta hasutan berhubung dengan perhimpunan esok,” katanya menurut Berita Harian. Sebelum ini dilaporkan suatu perhimpunan akan diadakan pada 6 Jan, iaitu hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah. Semalam, Aidi Sham menjelaskan himpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran permohonan tidak lengkap. Katanya, seramai 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan membuat kawalan keselamatan di Istana Kehakiman dan kawasan sekitarnya, esok. Kelmarin, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menggesa orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, demi menghormati Yang di-Pertuan Agong. Gesaan beliau itu menyusul kenyataan Istana Negara, mengingatkan semua pihak menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon pengampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan. News
Women’s minister: New national children’s policy ensures child protection, welfare Posted on 24/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 24 — The Ministry of Women, Family, and Community Development (KPWKM) today launched the new National Children’s Policy to ensure that children’s voices are heard and considered in every decision affecting their future. Minister Datuk Seri Nancy Shukri said the policy is a step towards reinforcing efforts… Read More
Mukhriz mocks Malay unity rationale for pro-Najib rally Posted on 06/01/2025 Pejuang president Mukhriz Mahathir said Najib Razak had ruined the image of the Malay community by being convicted of corruption. PETALING JAYA: Pejuang president Mukhriz Mahathir said he found it strange that there were those who wanted to hold a gathering in solidarity with former prime minister Najib Razak on… Read More
Trade ties constrain Malaysia’s South China Sea response, says analyst Posted on 23/11/2024 Political analyst Oh Ei Sun said Malaysia should boost efforts directed toward bolstering relations with the United States. KUALA LUMPUR: Strong economic ties with China makes it difficult for Malaysia to be more active in meeting confrontations with Chinese vessels in the South China Sea, according to a think tank…. Read More