Selangor bentang Belanjawan 2025 RM3 bilion Posted on 15/11/2024 Bertemakan ‘Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani’ belanjawan itu akan digerakkan melalui lima teras utama. SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu tahun depan. Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM1.7 bilion atau 56.7% diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.3 bilion (43.3%) bagi tujuan pembangunan. Beliau berkata, peruntukan mengurus, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan menjadi komponen terbesar yang mencakupi 38.7% daripada jumlah keseluruhan. “Perbelanjaan mengurus ini termasuk pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam, khidmat kawalan keselamatan dan kontrak penyelenggaraan yang masing-masing melibatkan 26 jabatan, elaun majlis pengurusan komuniti kampung, peruntukan bagi elaun jawatankuasa dan petugas masjid serta sewaan bangunan ibu pejabat dan sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu Dewan Negeri Selangor. Memperincikan selanjutnya, Amirudin yang juga Adun Sungai Tua berkata peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi 2025 meningkat RM100 juta atau 8.3% berbanding 2024 dengan tumpuan kepada sektor infrastruktur berbanding sosial. Peruntukan sektor infrastruktur merangkumi 31.09% dari peruntukan pembangunan dengan nilai RM404.17 juta, antara lainnya bagi menyokong keterjaminan bekalan air bersih, pengurusan sisa pepejal lebih efisien, menaik taraf jalan raya dan saliran bagi mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 serta persediaan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026. “Walaupun sektor sosial bukan lagi tumpuan utama, peruntukan bagi tujuan pembangunan sosial berjumlah RM354.08 juta atau 27.24%, kekal sebagai antara agenda pembangunan utama kerajaan negeri. “Penekanan kepada program kesihatan dan kebajikan warga emas masih diteruskan, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam menambah baik sistem perlindungan sosial yang merangkumi kebajikan, pendidikan dan pengukuhan ekonomi golongan sasar sebagai teras kesejahteraan rakyat,” katanya. Amirudin turut menzahirkan komitmen pentadbirannya untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat dengan memperuntukkan RM380.7 juta atau 29.29% bagi pembangunan sektor ekonomi. Peruntukan selebihnya menumpukan bidang tumpuan utama meliputi sektor pendidikan berjumlah RM96.4 juta iaitu 7.42 peratus, katanya. “Sektor kesihatan berjumlah RM40 juta atau 3.08% dari keseluruhan peruntukan pembangunan dan baki RM24.5 juta atau 1.88 peratus bagi pembangunan luar bandar,” katanya. Bertemakan ‘Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani’, belanjawan itu akan digerakkan melalui lima teras utama iaitu Kecerdasan Buatan dan Pemangkin Kemajuan Ekonomi Negeri; Mendukung Hasrat Alam Sekitar Mampan dan Infrastruktur Berkualiti; Memupuk Negeri Penyayang; Menjuarai Tadbir Urus Cekap dan Wibawa serta Membugar Ekonomi, Kebudayaan dan Pembangunan Generasi Muda. News
Decomposed body of Ipoh woman found; police detain 21-year-old nephew for questioning, urge witnesses to come forward Posted on 11/11/2024 IPOH, Nov 10 — A local woman was found dead, believed to have been killed by her nephew, at a house in Taman Puteri Lindungan Bintang, near here today. Ipoh Police Chief ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad said police received a report about the incident involving the 54-year-old victim… Read More
Sindiket palsu dokumen tumpas, 2 dalang utama ditahan Posted on 16/11/2024 Jabatan Imigresen menjalankan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. (Gambar JIM) PETALING JAYA: Satu sindiket pemalsuan dokumen tumpas susulan penahanan dua warga Pakistan dipercayai “dalang utamanya” di ibu negara, kelmarin. Sindiket itu menggunakan pasport tulen individu lain atau… Read More
Sarawak Energy Berhad paid compensation totalling RM800,000 for equipment damaged by power outages, says state deputy minister Posted on 14/11/2024 KUCHING, Nov 14 — Sarawak Energy Berhad (SEB) has paid compensation totalling RM800,000 for equipment damaged by power supply disruptions, said Datuk Abdul Rahman Junaidi. The state deputy minister of utility and telecommunication said the amount was disbursed to settle 106 out of 191 claims received to date since 2019…. Read More