Seludup 20 warga Myanmar, 2 ‘tekong’ Kemboja dicekup Posted on 21/11/2024 Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Redzuan Salleh, berkata 20 warga asing itu cuba diseludup masuk menggunakan dua MPV. (Gambar Facebook) ALOR SETAR: Dua lelaki Kemboja ditahan ketika cuba menyeludup 20 warga Myanmar dengan menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di tepi Jalan Hosba, Changlun dekat Kubang Pasu, semalam. Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Redzuan Salleh, berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bukit Kayu Hitam bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu yang membuat rondaan di Sintok telah terserempak dengan dua MPV itu dalam keadaan mencurigakan. “Pemeriksaan lanjut telah menemui 12 lelaki dan lapan wanita warga Myanmar yang berusia antara 20 hingga 40 tahun di dalam kedua-dua MPV yang dipandu dua lelaki warga Kemboja yang dipercayai bertindak sebagai tekong. “Hasil pemeriksaan mendapati semua warga Myanmar itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan. Redzuan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua tekong itu telah menerima upah daripada seorang lelaki warga Myanmar lain dengan bayaran RM1,000, membawa semua warga asing itu dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Kuala Nerang. Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. “Polis sentiasa peka dalam usaha membanteras jenayah melibatkan aktiviti pemerdagangan manusia terutamanya di sempadan Malaysia-Thailand. Masyarakat boleh memberi maklumat dengan menyalurkan ke talian MERS 999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. News
SPM exams outside monsoon season? Education Ministry mulling idea, says minister Posted on 02/12/2024 PASIR MAS, Dec 2 — The Ministry of Education will consider the proposal to schedule the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examinations outside the monsoon season, says Education Minister Fadhlina Sidek. She noted that such a proposal involved numerous aspects that needed careful consideration, particularly the concerns raised by students during… Read More
How’s that for a wake-up call? Commuter finds python snuggled on truck dashboard in Labuan Posted on 09/11/2024 LABUAN, Nov 8 — The owner of a pickup truck had the shock of his life today when he found a small python coiled up on the vehicle’s dashboard at Kampung Sungai Labu here. It is not known how the reptile managed to make its way into the vehicle, but… Read More
Mum, friend jailed three years for locking three-and-a-half-year-old boy in cat cage at Taman Danau Desa apartment Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — A mother and her friend were sentenced to three years in prison by the Sessions Court today for confining a young boy in a cat cage in February. Judge Siti Shakirah Mohtarudin imposed the sentence on the 20-year-old fast food worker, who is also the… Read More