Senarai hitam peminjam tak bayar hutang Mara hanya sementara, kata timbalan menteri Posted on 13/11/2024 Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang berkata antara syarat untuk pelajar memasuki MRSM adalah ibu bapa pelajar tidak disenarai hitam oleh Mara. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Tindakan menyenarai hitam individu yang tidak membayar pinjaman Mara hingga menyebabkan anak mereka tidak memenuhi syarat kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hanya bersifat sementara. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang berkata, syarat itu adalah antara usaha Mara supaya peminjam sama ada pinjaman pendidikan atau perniagaan tidak culas daripada membayar hutang. “Senarai hitam kepada peminjam bersifat ini sementara, malah mereka boleh datang jumpa Mara. Kalau tak mampu bayar (ansuran bulanan), kita terbuka tanya mereka berapa boleh bayar. “Pokoknya mereka bayar pinjaman Mara. Kebanyakan kes selepas jumpa Mara dia akan bayar hutang dan nama dikeluar dari senarai hitam,” katanya di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanya bila kementerian akan menghapuskan senarai hitam kepada mereka berhutang dengan Mara supaya anak mereka dapat masuk belajar di MRSM. Menurutnya, antara syarat untuk pelajar memasuki MRSM selain warganegara Malaysia dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ibu bapa pelajar juga tidak disenarai hitam oleh Mara. Rubiah berkata, langkah senarai hitam itu juga bagi memastikan aktiviti perniagaan usahawan sentiasa dinaik taraf dan peminjam hanya disenarai hitam jika tak bayar ansuran selama 3 bulan. Sementara itu, Rubiah menegaskan tiada MRSM elit dilaksanakana membabitkan 27 sekolah di bawah seliaan Mara, sebaliknya hanya beberapa program berbeza meliputi lima kategori iaitu Bitara, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Premier. News
Male Muslims in Johor must halt business during Friday prayers, says exco Posted on 27/11/2024 ISKANDAR PUTERI, Nov 27 — Male Muslim business owners, employees and customers in Johor are required to temporarily halt activities at business premises, including restaurant operations, during Friday prayer time. Johor Islamic Religious Affairs Committee chairman Mohd Fared Mohd Khalid said this measure is to ensure all Muslim men fulfil… Read More
FashionValet: SPRM beku akaun persendirian, syarikat bernilai hampir RM1.1 juta Posted on 07/11/2024 Turut dilaporkan hari ini, SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai RM200,000 dalam pemeriksaan di kediaman Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar. (Gambar Instagram) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira… Read More
Norza dilantik presiden kehormat seumur hidup BAM Posted on 23/11/2024 Pelantikan Norza Zakaria sebagai presiden kehormat seumur hidup dibuat atas persetujuan sebulat suara oleh pihak pengurusan dan majlis BAM, kata pemangku presiden BAM V Subramaniam. PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik Norza Zakaria sebagai presiden kehormat seumur hidup. Pengumuman itu dibuat oleh pemangku presiden BAM V Subramaniam pada sidang… Read More