Siklon Chido: Lebih 200 sukarelawan dikhuatiri hilang di Mayotte Posted on 18/12/2024 Siklon Chido yang membadai pulau Mayotte pada Sabtu, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan kerosakan besar ke atas pulau itu. (Gambar AP) GENEVA: Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) melahirkan kebimbangan pada Selasa berhubung nasib lebih 200 sukarelawannya yang dikhuatiri hilang di Mayotte, wilayah Lautan Hindi Perancis, selepas Siklon Chido memusnahkan pulau-pulau itu, lapor Xinhua. “Angin sehingga 220 kilometer sejam (km/j) yang disebabkan oleh Siklon Chido telah memusnahkan wilayah luar negara Perancis di Mayotte. Dikhuatiri lebih daripada 200…sukarelawan hilang,” kata IFRC di platform X. Siklon Chido, yang membadai pulau Mayotte pada Sabtu, telah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan kerosakan besar ke atas pulau itu, lapor media Perancis pada Ahad. Jurucakap IFRC Tommaso Della Longa melahirkan kebimbangan terhadap sebilangan besar individu yang masih belum ditemukan berikutan kemusnahan Siklon Chido di Mayotte. Dalam temu bual televisyen, beliau mendedahkan bahawa lebih 200 sukarelawan daripada Palang Merah Perancis adalah antara yang hilang, tanpa komunikasi sejak taufan melanda. Beliau menambah bahawa pasukan Palang Merah Perancis dikerahkan bersama dengan bantuan kemanusiaan, sebagai persediaan menghadapi bencana itu, tiba di pulau-pulau itu seminggu sebelum taufan berkenaan mendarat. Terletak di Saluran Mozambique utara Lautan Hindi, Mayotte ialah jabatan dan wilayah luar negara dan kolektiviti wilayah tunggal Perancis. Ia terletak di luar pantai tenggara Afrika antara barat laut Madagascar dan timur laut Mozambique. News
Abang Jo’s pol sec rejects call to change ‘S’wak premier’ to ‘prime minister’ Posted on 14/01/2025 Tupong assemblyman Fazzrudin Abdul Rahman reiterated the importance of upholding Sarawak’s rights and status within the federation under the MA63. (Facebook pic) PETALING JAYA: The chief political secretary to Abang Johari Openg has shot down a proposal to rename the post of Sarawak premier to “Sarawak prime minister”. Fazzrudin Abdul… Read More
Auction of Vida’s seized assets postponed to January 8 after Vida Beauty claims ownership, say lawyers Posted on 09/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 8 — The auction of assets belonging to cosmetics entrepreneur Datuk Seri Hasmiza Othman, better known as Vida, has been deferred to January 8, 2024. Both Vida’s lawyer Adnan Seman and the claimant’s counsel Samir Zainal confirmed the postponement, which was initially set to take place tomorrow,… Read More
Sibu manager falls for fake investment scam through social media app, loses RM240,000 Posted on 01/01/2025 SIBU, Jan 1 — A manager in his 50s here lost RM240,000 after falling victim to a non-existent investment scam offering quick profits. Sarawak Police Commissioner Datuk Mancha Ata said the victim was contacted by the suspect through a social media application in early November last year. After getting acquainted,… Read More