Sindiket palsu dokumen tumpas, 2 dalang utama ditahan Posted on 16/11/2024 Jabatan Imigresen menjalankan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. (Gambar JIM) PETALING JAYA: Satu sindiket pemalsuan dokumen tumpas susulan penahanan dua warga Pakistan dipercayai “dalang utamanya” di ibu negara, kelmarin. Sindiket itu menggunakan pasport tulen individu lain atau tamat tempoh dengan meminda maklumat biodata bagi kemudahan warga asing memohon pemeriksaan kesihatan saringan kesihatan Bio-Medical dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) dengan upah RM200 setiap urusan. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya melancarkan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya mulai 11.51 pagi Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. Katanya, dua lelaki Pakistan berusia 27 dan 37 tahun yang dipercayai “dalang utama” ditahan hasil pemeriksaan ke atas dua kenderaan mencurigakan. “Turut ditahan enam lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga India dalam kenderaan itu. Mereka berusia 21 hingga 55 tahun,” katanya menurut Harian Metro. Beliau berkata, sindiket itu menawarkan perkhidmatan menyediakan pasport kepada warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan. “Sindiket ini menggunakan pasport tulen milik individu lain atau tamat tempoh dengan meminda maklumat pada biodata bagi kemudahan warga asing memohon pemeriksaan kesihatan Fomema. Sindiket juga akan membawa warga asing yang dibekalkan pasport diubah suai ke klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.” Menurutnya, sindiket itu dipercayai beroperasi selama enam bulan dan kes disiasat mengikut Akta Pasport 1966 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. News
Ukraine rushes to reinforce east as pressure mounts in south and Russia’s Kursk Posted on 12/11/2024 A Ukrainian Emergency Service image shows smoke rising from an apartment building after a Russian strike in Kryvyi Rih. (AP pic) KYIV: Ukraine said on Monday its hard-pressed military was battling 50,000 troops in Russia’s Kursk region to its north, while also scrambling to reinforce two besieged fronts in the… Read More
Tragic blaze in Sandakan: Stroke victim dies in fire; brother suffers burns in desperate rescue attempt Posted on 17/11/2024 SANDAKAN, Nov 17 — A man suffering from stroke paralysis stroke was burned to death, while his brother sustained burns to his back when the house they lived in at Jalan Batu Sapi, Karamunting, caught fire earlier this morning. Sandakan Fire and Rescue Station (BBP) chief Severinus @ Mohd Nidzam… Read More
WCE Banting-Gelang Patah dijangka pacu perubahan kawasan sepanjang laluan Posted on 10/11/2024 Perdana menteri bulan lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan. (Gambar Bernama) PONTIAN: Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat. Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata, pembinaan WCE di… Read More