Sistem kod QR akan diperluas kepada pengembara Asean Posted on 11/01/2025 Tempoh pelepasan imigresen bagi pengguna kod QR hanya mengambil empat saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional. (Gambar Bernama) SEPANG: Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyBorderPass akan diperluas kepada pengembara Asean bagi proses keluar dari Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia selaku pengerusi Asean tahun ini, menjadi tanggungjawab Jabatan Imigresen memastikan proses keluar masuk lancar di pintu masuk utama negara. “Tahun ini, kita akan menjadi tuan rumah hampir 400 mesyuarat di peringkat pegawai, pegawai kanan, menteri dan juga ketua negara yang dikendalikan Wisma Putra dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Untuk proses masuk, mereka guna sistem biasa, tetapi proses keluar kita benarkan mereka guna laluan untuk kod QR,” katanya selepas meninjau Gate Kod QR MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini. Ketika ini, beliau berkata, penggunaan sistem kod QR hanya boleh digunakan rakyat Malaysia bagi urusan keluar masuk negara di Terminal 1 dan 2 KLIA. Setakat ini, 40 unit autogate kod QR dipasang membabitkan 20 unit di Terminal 1 dan 20 di Terminal 2 KLIA untuk ketibaan serta pelepasan dengan kos keseluruhan pemasangan RM19.2 juta. “Hingga kini, 400,000 rakyat Malaysia telah memuat turun aplikasi MyBorderPass bagi memudahkan penggunaan sistem pelepasan kod QR itu. “Pengguna hanya perlu log masuk dan sistem ini membolehkan pelepasan dilakukan dalam masa 60 saat (purata empat saat),” katanya sambil menambah pasport masih perlu dibawa bersama, namun tiada proses cap secara fizikal kerana maklumat disimpan secara elektronik. Beliau berkata, jumlah penggunaan keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah 55,000 pengguna dalam tempoh 11 hari sejak dilancarkan 1 Jan lalu. Menurutnya, sistem kod QR itu dirancang diperluas ke lapangan terbang antarabangsa utama lain, seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi. Berkongsi pengalamannya menggunakan sistem kod QR itu, Saifuddin berkata, tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil empat saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional. Beliau mengguna pakai sistem kod QR itu sebelum berlepas ke Abu Dhabi pagi ini bagi menyertai lawatan rasmi bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. News
152,000 flood victims evacuated in 9 states Posted on 01/12/2024 An army truck ferrying SPM students from SMK Rantau Panjang and SK Gual Tinggi in Kelantan, who were stranded in their dormitories. (Bernama pic) PETALING JAYA: More than 152,000 people have been evacuated to relief centres in the nine states affected by floods. The death toll remains at three, according… Read More
Kebaya lands on Unesco heritage list Posted on 05/12/2024 The tourism, arts and culture ministry describes the kebaya as a garment that ‘represents our rich shared history’ and brings people together by promoting understanding between cultures. (Bernama pic) PETALING JAYA: The kebaya, a traditional garment beloved across Southeast Asia, has been officially added to Unesco’s Representative List of the… Read More
EU foreign ministers to tackle Syria sanctions relief at end of month Posted on 13/01/2025 The EU foreign policy chief said that any European decision to ease sanctions would be conditional on the new Syrian administration’s approach to governing. (EPA Images pic) RIYADH: European foreign ministers will meet at the end of January to discuss the lifting of sanctions on Syria, the EU foreign policy… Read More