SPM di negeri terjejas banjir berjalan lancar, kata Fadhlina Posted on 02/12/2024 Trak tentera menghantar calon SPM ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di Tumpat hari ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir berjalan lancar pada hari pertama, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata proses pemindahan calon SPM terjejas banjir menerusi Op Payung selesai semalam. “Kementerian hari ini memasuki fasa kedua, iaitu pembugaran emosi, peneguhan dan memastikan psikososial mereka dipersiapkan untuk menghadapi peperiksaan,” katanya menurut Sinar Harian. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata 1,734 calon SPM dari 20 sekolah di enam daerah terjejas banjir berjaya menduduki peperiksaan ujian lisan Bahasa Melayu bermula hari ini. Menurutnya 1,155 calon terjejas banjir dipindahkan ke lapan asrama, manakala 261 calon yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sudah pulang ke rumah selepas keadaan banjir beransur pulih. Beliau berkata proses penghantaran 261 calon SPM itu ke pusat peperiksaan alternatif berjalan lancar pagi tadi. “Kita telah menggerakkan perancangan terperinci dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran pengangkutan kepada calon terjejas banjir yang diselia Pejabat Pendidikan Daerah. “Semua calon ini dibawa ke pusat peperiksaan alternatif oleh kenderaan agensi kerajaan seperti majlis daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak membantu melancarkan urusan penghantaran calon SPM. News
New Bersatu Youth chief insists only Muhyiddin can be Perikatan’s ‘supreme’ leader Posted on 29/11/2024 SHAH ALAM, Nov 29 — At his first Parti Pribumi Bersatu assembly as Armada chief, Hilman Idham affirmed his wing’s unwavering support for president Tan Sri Muhyiddin Yassin to lead the Perikatan Nasional (PN) coalition. In his fiery policy speech, Hilman emphasised that Muhyiddin is the number one leader in… Read More
Zahid tells BN members to keep disputes internal, avoid scoring ‘own goal’ Posted on 23/12/2024 SEREMBAN, Dec 22 — Barisan Nasional (BN) component parties must address disagreements internally and avoid making public statements, chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said today at the opening of the coalition’s Negeri Sembilan convention. Zahid, who is also Umno president, stressed that teamwork is vital for the coalition’s future… Read More
King grants audience to new Attorney General, Chief Secretary to Govt at Istana Negara Posted on 12/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 12 — His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, granted an audience to the new Attorney General, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, at Istana Negara today. The appointment of Mohd Dusuki, 57, effective today, is to replace Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh who has been appointed as… Read More