SPM: KPM sedia 133 pusat peperiksaan alternatif Posted on 02/01/2025 Seramai 402,956 calon mula menduduki ujian bertulis Sijil Pelajaran Malaysia di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara bermula hari ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Sebanyak 133 pusat peperiksaan alternatif disediakan untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya berlaku banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, mengikut rancangan itu sekiranya pusat peperiksaan dilanda banjir, maka calon SPM akan dialihkan ke pusat alternatif iaitu di sekolah yang tidak dilanda banjir, lapor Sinar Harian. Katanya, itu antara mekanisme dan pelan integrasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan semua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan berkenaan yang bermula hari ini. “Sekiranya berlaku banjir, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan aktifkan Ops Payung bagi membantu calon dan juga petugas peperiksaan yang terkesan. “KPM akan pastikan calon-calon SPM ditempatkan di sekolah yang mempunyai asrama sebagai mekanisme sekiranya banjir berlaku sebagaimana yang dibuat semasa ujian lisan tempoh hari,” katanya. Azman berkata, KPM juga menyediakan khidmat bantuan psikososial kepada calon SPM yang mengalami tekanan akibat banjir. Seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara bermula 2 Dis lalu. SPM 2024 bermula dengan ujian lisan dan mendengar bahasa Melayu dan Inggeris serta amali sains pada 2 Dis hingga 31 Dis lalu, dan peperiksaan bertulis bermula hari ini hingga 6 Feb ini. Seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara Pada Rabu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Sabtu ini. Ketika ini, tiga negeri iaitu Kelantan, Perak dan Johor masih dilanda banjir. News
Lawatan PM kukuh perkongsian global Malaysia sebalik ketidaktentuan geopolitik Posted on 24/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Minggu Pemimpin Ekonomi Apec di Lima, Peru, 16 Nov lalu. (Gambar Bernama) SINGAPURA: Bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan pernah menyatakan bahawa menangani cabaran paling mendesak di dunia memerlukan penyelesaian pelbagai hala dengan menekankan ‘kerjasama bukan lagi pilihan tetapi satu kemestian yang… Read More
Experience how it feels to be a welder with HR Ministry’s booth at the Madani govt anniversary Posted on 24/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 24 — On the final day of the Two Years of MADANI Government Programme (2TM) here, visitors had the opportunity to experience life as a welder by trying out a welding simulator at the booth of the Ministry of Human Resources (KESUMA). The welding simulator, which attracted… Read More
Penang Turf Club seeks new options after RM1b land tender ends without bids Posted on 31/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 31 — The Penang Turf Club’s open tender for its 202-acre prime property valued at over RM1 billion has ended without any qualified bids, the club announced. General manager and secretary Leow Khin Ming said the tender process, which concluded yesterday, did not produce successful offers. “The… Read More