SST dijangka jana RM51.7 bilion pada 2025 Posted on 13/11/2024 Amir Hamzah Azizan berkata, sebahagian hasil cukai tambahan SST akan dimanfaat menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Penambahbaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025, dianggar menjana hasil RM51.7 billion pada 2025, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata, unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa, sebanyak RM46.7 billion. “Daripada jangkaan tambahan RM5 bilion tersebut, RM2.2 bilion adalah daripada kutipan cukai jualan, manakala RM2.8 bilion daripada kutipan cukai perkhidmatan. “Tambahan hasil ini memadai untuk menampung keperluan kerajaan sekarang dan dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat. Sementara itu, Amir Hamzah berkata skop cukai perkhidmatan pula akan diperluas bagi meliputi pembekalan perkhidmatan komersial antara perniagaan atau perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang pada masa ini tidak dikenakan cukai. Katanya, peluasan SST adalah lebih progresif kerana struktur dan kaedah peluasan SST mengambil kira kemampuan ekonomi rakyat serta kesan terhadap golongan berpendapatan rendah. “Peluasan SST memberi fokus kepada kenaan cukai ke atas barang dan perkhidmatan tertentu supaya makanan dan perkhidmatan asas yang tidak tertakluk kepada kenaan SST. “Oleh itu, ia tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada barang dan perkhidmatan asas,” katanya. Menurutnya, peluasan skop kenaan cukai dan semakan semula kadar SST dengan pendekatan secara progresif ini sejajar dengan pengukuhan kedudukan fiskal. “Sebahagian hasil cukai tambahan daripada langkah penambahbaikan SST akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,” katanya. News
PM Anwar congratulates Trump on US election win, eyes stronger Malaysia-US ties Posted on 06/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim congratulated Donald Trump on his remarkable political comeback and victory in the United States (US) presidential election. In his post on Facebook and X, Anwar said this new chapter brings renewed opportunities, and Malaysia is ready to move forward with… Read More
Suspect with criminal record killed in police shootout in Kelantan Posted on 13/12/2024 The local male suspect had a record of 24 previous offences including gang robbery. (Bernama pic) PASIR PUTEH: Police shot dead a local male suspect who had a record of 24 previous offences, including drug-related crimes, in Jeram Pasu here early this morning. Kelantan police chief Mohd Yusoff Mamat said… Read More
Former Shariah lawyer, 74, becomes oldest woman to earn PhD in History from UMS Posted on 08/12/2024 KOTA KINABALU, Dec 8 — A 74-year-old former Syariah Court lawyer has become the oldest woman to earn a Doctor of Philosophy (PhD) in History at Universiti Malaysia Sabah (UMS). The Star Online Saidatul Badru Mohd Said Keruak received her doctorate during the university’s 26th convocation ceremony on yesterday. The… Read More